Wednesday 19 February 2014

Meeting AJK FYP2 ke-3

Assalamualaikum,

Satu meeting AJK FYP2 akan diadakan pada:-

 Hari:   Khamis
Tarikh:   20 Feb 2014
Waktu:   12.00 tghari
Tempat: ME13A5

Harap semua dapat menghadirkan diri untuk finalize apa-apa sahaja isu berbangkit dan untuk memudahkan sebarang urusan sesama AJK sebelum exhibition.

Kerjasama rakan-rakan seperjuangan sekalian amatlah kami hargai. Sekian, terima kasih.

Puan Nazuha

Bengkel Penyelidikan Fasa 2

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Bengkel Penyelidikan Fasa 1 telah berjaya dilaksanakan. Jawatankuasa Penyelidikan dan Kepakaran FKE UiTMT mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua sahabat2 FKE yang telah menghadiri bengkel tersebut. Seperti yang telah dimaklumkan oleh Dr.Zamri dalam bengkel baru2 ini, sahabat2 FKE yang terlibat dalam bengkel ini dikehendaki untuk menyediakan sekurang-kurangnya satu kertas kerja penyelidikan samada terlibat sebagai ketua atau ahli projek untuk dihantar bagi dana FRGS. Untuk makluman awal kepada semua, program susulan akan dijalankan iaitu Bengkel Penyelidikan Fasa 2 pada 1 Mac 2014 (Sabtu), 8.00 pagi - 5.00 petang bertempat di Dewan Jasmin.

Tujuan Bengkel Penyelidikan Fasa 2 ini adalah untuk memurnikan kertas kerja cadangan penyelidikan yang telah disiapkan (draf pertama) dan pihak jawatankuasa telah menjemput tenaga pakar FKE dari UiTM Shah Alam iaitu Prof Madya Dr Ismail Mushireen. Sehubungan dengan itu setiap ketua kumpulan diminta menghantar tajuk kertas cadangan penyelidikan bersama nama ahli kumpulan kepada saya selewat-lewatnya minggu hadapan iaitu pada 20 Febuari 2014 (Khamis).

Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih. Mohon maaf di atas segala kekurangan dalam bengkel yang telah dijalankan baru-baru ini.


Nurbaiti Wahid