Showing posts with label Aktiviti Pelajar. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Pelajar. Show all posts

Tuesday, 13 December 2016

AGM EESA 2017

ssalamualaikum,

Dijemput semua staf FKE untuk hadir ke AGM EESA stp berikut:

Tarikh: 11 Disember 2016 (Malam ini)
Masa: 8 - 11 malam
Tempat: Dewan Bakawali

Semoga kehadiran Tuan2 dan Puan2 memeriahkan lagi AGM EESA nanti

tq

Monday, 14 November 2016

PROGRAM SUSULAN "zero2Hero"

Salam.

Sekadar peringatan untuk PA-PA

Satu program susulan untuk pelajar yang telah mengikuti program "zero2Hero" ver 1 akan diadakan pada:

Tarikh : 29 Ogos 2016 ( Isnin)
Masa : 2.30 - 5.00 pm
Tempat : Dewan Jasmin

*Minum petang disediakan kepada yang terlibat

Program ini adalah untuk melihat pencapaian akademik mereka untuk semester ini. Report kad akan dikeluarkan khas untuk pelajar-pelajar ini untuk menyenangkan PA untuk memantau pencapaian mereka.

Di harap kepada PA yang terlibat agar dapat men war-warkan kepada "anak-anak' mereka yang terlibat.

PA juga diwajibkan hadir untuk kelangsungan program ini.

Dilampirkan pelajar dan PA yang terlibat

Sekian, terima kasih

Sunday, 21 August 2016

Taklimat FYP2

Assalamualaikum, Mohon jasa baik semua Penyelia FYP2 untuk memberi peringatan kepada pelajar-pelajar di bawah seliaan tuan puan untuk menghadiri taklimat mengenai FYP2 pada : Tarikh : 20/6/2016 (Isnin) Tempat : Dewan Aspirasi Masa : 2.00- 4.30 petang Kehadiran pelajar adalah diwajibkan. Terima kasih. Nur Syahirah Kamarozaman

Pelajar baru FKE Jun 2016

Assalamualaikum, Alhamdulillah sehingga ke hari ini seramai 360 orang pelajar baru sem 1 telah mendaftar untuk EE110, EE111 dan EE112. Dilampirkan senarai kump lengkap pelajar mengikut program beserta dengan PA masing2. Sila semak pelajar masing2....Sesi perjumpaan PA dan pelajar baru sem 1 akan dikendalikan oleh UHeP (En Mohd Aldrin dan committee)... tq hafiz

Tuesday, 10 May 2016

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR: "ZERO 2 HERO"

Assalamualaikum Dr./Tuan/Puan PROGRAM MOTIVASI PELAJAR: "ZERO 2 HERO" Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Pelajar (UHEP), FKE UiTM [Terengganu] akan menganjurkan program tersebut seperti butiran berikut: Tarikh : 25 - 27 Februari 2016 [Khamis hingga Sabtu] Tempat : Kem Gemia, UiTM [Terengganu] Pendaftaran : 2.30 petang 3. Sehubungan itu, seramai 39 orang pelajar dibawah seliaan tuan/puan telah dipilih untuk menghadiri program berkenaan dan masih ada lagi SATU (1) kekosongan. Jika ada PA yang ingin menghantar nama pelajar, sila emelkan kepada saya sebelum 4 Februari 2016. Kehadiran adalah diwajibkan . 4. Memandangkan terdapat kekangan bajet dalam menjayakan program ini, maka PA/pensyarah/staf FKE bolehlah memberi sedikit sumbangan. Sumbangan ini bolehlah disalurkan kepada NIK NUR SHAADAH NIK DZULKEFLI dan juga NURUL NAZUHA ARIFFIN sebelum 18 Februari 2016. Sumbangan adalah dalam bentuk wang ringgit/biskut/susu dan makanan kering (untuk minum pagi/minum petang). 5. Bersama2 ini disertakan senarai nama peserta program untuk rujukan tuan/puan. Sekian, terima kasih Suziyani

Pilihan Raya Kampus bagi pemilihan MPP

Assalamualaikum, Seperti yang kita sedia maklum Pilihan Raya Kampus bagi pemilihan MPP yang baru akan diadakan pada 15 Sept 2015 (Selasa) di Dewan Aspirasi bermula pada pukul 830 pg - 500 ptg. Pada pilihan raya yang lepas FKE telah mencatat peratusan keluar mengundi yang paling rendah (36%). Kesannya, kepada pelajar sendiri ramai yang gagal untuk mendapat kolej pada semester berikutnya, ramai juga yang gagal untuk mendapat stiker kenderaan serta di komplain dengan teruk oleh Pengurusan HEP di Facebook. Kepada pensyarah dan fakulti, HEP telah berulang kali menyatakan kegagalan pelajar FKE untuk keluar mengundi di setiap perjumpaan, mesyuarat dsb. Justeru, untuk memastikan perkara ini tidak berulang, PA akan memainkan peranan untuk membawa anak2 di bawah jagaan masing2 untuk pergi mengundi pada hari tersebut. PA perlu sentiasa mengingatkan anak masing2 untuk pergi mengundi dan memberitahu kesan2 sekiranya mereka gagal untuk berbuat demikian. Di samping itu, pensyarah/penolong pensyarah/staf juga yang ada kelas pada hari selasa nanti WAJIB untuk mengarahkan pelajar2 untuk pergi mengundi selepas waktu kuliah. Di harap dengan langkah ini, kita dapat meningkatkan peratusan keluar mengundi dan dapat membersihkan nama FKE di mata HEP...insyaAllah niat yang baik moga diberkati.. TQ hafiz

Pilihanraya JPP

Assalamualaikum w.r.t w.b.t Dr/Tuan/Puan/cik, Dengan ini semua pensyarah/penolong pensyarah/penolong jurutera di arahkan untuk membantu/mengiringi pelajar masing-masing setelah tamat kuliah pada hari esok, 14hb Sept 2015 ke Dewan Aspirasi untuk proses pembuangan undi bagi pemilihan JPP UiTM Terengganu 2015/2016. Selain itu, semua Penasihat Akademik juga WAJIB memaklumkan dan memastikan kehadiran pelajar jagaan masing-masing di sana untuk membuang undi. Proses membuang undi bermula dari pukul 8:30 pagi hingga 5:00 petang. Arahan ini telah dimaklumkan kepada TRHEA berikutan ianya berkemungkinan menggangu kelancaran kuliah pada hari esok. Sekian harap maklum. Fke The Best@Best Ever Life Dr. Mohd Zamri

Tuesday, 15 March 2016

DEBAT

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi diucapkan kepada semua rakan2 pensyarah. Pada 3 hingga 5 September 2015, telah berlangsung pertandingan Debat Kemerdekaan Piala Rektor 2015 anjuran Kelab Debat dan Pidato UiTM Dungun. Berikut adalah keputusan pusingan akhir yang berlangsung pada 5 September 2015 di Dewan Bakawali. DEBAT BAHASA INGGERIS JOHAN: FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA (KAMPUS BUKIT BESI) NAIB JOHAN: FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN PENDEBAT TERBAIK PUSINGAN AKHIR: AWANG (FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA) PENDEBAT TERBAIK KESELURUHAN: SYAFIQ (FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK) DEBAT BAHASA MELAYU JOHAN: FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI NAIB JOHAN: FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK PENDEBAT TERBAIK PUSINGAN AKHIR: AZREEL (FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK) PENDEBAT TERBAIK KESELURUHAN: BADZLI (FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA) Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua peserta di atas sokongan yang diberikan kepada program ini. "MENJUNJUNG ILMU, MEMARTABATKAN BAHASA"

MAGIS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan MARDI, dengan sukacitanya menjemput tuan/puan untuk menyertai Malaysian Agricultural Invention Show (MAgIS) 2015, bertempat di Hall D, MAEPS, Serdang, Selangor pada 20hb - 21hb Oktober 2015. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30hb September 2015. Sila layari http://magis.mardi.gov.my untuk keterangan lanjut. Pamplet boleh di dapati di Pejabat ICAN,PJIA, Blok Integriti. Pertandingan terbuka kepada Agensi Kerajaan dan Swasta, Individu, Universiti, Kolej dan Politeknik, serta Sekolah Rendah dan Menengah Sekian, terima kasih ICAN

Monday, 14 March 2016

Dialog Rektor bersama Pelajar

Assalamualaikum w.b.t Tuan/Puan Adalah dimaklumkan bahawa Program Dialog Bersama Rektor akan diadakan seperti berikut : Tarikh : 18 Januari 2016 (Isnin) Masa : 8.00 malam Tempat : Stadium Gemilang Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir bagi meraikan program tersebut. Sekian, terima kasih.

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR: "ZERO 2 HERO"

Dr./Tuan/Puan PROGRAM MOTIVASI PELAJAR: "ZERO 2 HERO" Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Pelajar (UHEP), FKE UiTM [Terengganu] akan menganjurkan program tersebut seperti butiran berikut: Tarikh : 25 - 27 Februari 2016 [Khamis hingga Sabtu] Tempat : Kem Gemia, UiTM [Terengganu] Pendaftaran : 2.30 petang

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR: "ZERO 2 HERO"

Assalamualaikum Dr./Tuan/Puan PROGRAM MOTIVASI PELAJAR: "ZERO 2 HERO" Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Untuk makluman tuan/puan, satu taklimat mengenai program ini akan diadakan pada waktu berikut: Tarikh : 23 Februari 2016 Hari : Selasa Masa : 8.15 malam Tempat : Blok 9B3 Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada pelajar yang terlibat tentang tentatif perjalanan program, peralatan yang perlu dibawa dan juga masalah-masalah yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, mohon PA memaklumkan kepada pelajar masing-masing mengenai taklimat ini. Jika ada pelajar yang tidak dapat hadir taklimat kerana bertindih dengan waktu kelas, harap PA/pelajar terbabit dapat memaklumkan kepada saya. Sekian, terima kasih. Suziyani

Monday, 11 January 2016

PROGRAM ANNUAL GENERAL MEETING EESA.

PENSYARAH, FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA TERENGGANU, (KAMPUS DUNGUN) Tuan/Puan/Cik/Saudara/Saudari, JEMPUTAN KE PROGRAM ANNUAL GENERAL MEETING EESA. Merujuk kepada perkara di atas, saya menjemput pihak tuan untuk menghadiri majlis tersebut bagi memeriahkan lagi program kami. 2. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai program tersebut. Tarikh : 14 Disember 2015 Masa : 8.30 – 11.00 malam Tempat : Dewan Bakawali 3. Justeru, kehadiran tuan/puan amatlah kami harapkan. Kerjasama daripada pihak tuan/puan untuk menghadiri majlis tersebut kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. ”MEMARTABATKAN BANGSA DENGAN BAHASA” Sekian.

Monday, 22 June 2015

Program Jalinan Ukhuwah pelajar part 1 dan staf FKE

Assalamualaikum.


Tuan/Puan,


Program Jalinan Ukhuwah pelajar part 1 dan staf FKE akan diadakan seperti berikut:

Rabu (24 Jun 2015)
2.30-5.00 petang
Dewan Kuliah Anggerik & Dewan Kuliah Bakawali (teleconference)
Semua pelajar part 1 dan PA bagi pelajar part 1 adalah di wajibkan hadir, manakala kehadiran staf lain yang tidak mempunyai komitmen kelas juga adalah di wajibkan. 


Berikut adalah senarai PA pelajar part 1:



Semoga kehadiran kita semua dapat memeriahkan lagi suasana walaupun aktiviti ice breaking tidak dapat dijalankan memandangkan terdapat kekangan dari segi tempat. Namun, kehadiran tuan/puan dapat menjadi tanda sokongan dan meraikan kedatangan mereka sebagai keluarga baharu FKE.


Mohon juga jasa baik pensyarah dan penolong pensyarah yang mengajar part 1 untuk memanjangkan berkenaan program ini kepada pelajar kelas masing-masing. 


Sekian, Terima Kasih.

Fathiah Zakaria
FKE

 


Monday, 25 May 2015

Latihan Praktikal

Assalamualaikum

Dilampirkan senarai nama pensyarah yang akan melawat pelajar latihan industri di zon Pantai Timur. Atas arahan KF, tempat yang telah diagihkan adalah muktamad dan tidak boleh ditukar suka sama suka.

Surat lantikan dan surat arahan keluar bertugas pensyarah pelawat insya-Allah akan dikeluarkan pd minggu ini juga. Lawatan pensyarah pelawat adalah bermula pada 24/5/2015 hinga 11/6/2015.

Anda boleh berbincang bersama pelajar yang terlibat mengenai tarikh yang sesuai bagi kedua-dua belah pihak. Mohon mengingatkan pelajar supaya membawa semua borang penilaian yang terdapat di dalam buku panduan LI. 

Sebarang masalah atau pertanyaan boleh terus hubungi Bos Hafiz, Afiza Nur (untuk pelajar EE111) dan Suziyani (EE110 dan EE112)..

Kerjasama anda semua amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.


Penyelia Latihan Industri FKE

Wednesday, 20 May 2015

AGM EESA

Assalamu'alaikum..


Disini saya selaku Penasihat EESA ingin menjemput sahabat2 untuk turut serta dalam program Annual Grand Meeting (AGM) EESA yang akan diadakan pada MALAM INI bersamaan 26Jan2015. InsyaAllah, program akan bermula pada jam 8.30malam.

kehadiran sahabat2 amatlah dihargai.

Wallahu'alam..

Mesra Mall Project

Assalamualaikum,

Mesra mall menjemput kita utk sertai mini exhibition regards Go Green/Environment products pada 28 Mac 2015 bersempena Earth Hour. Jadi mohon kepada yang ada projek sem ini atau sem2 lepas
dialu-alukan untuk participate sebagai contribution to society. Sesiapa yang ingin menyertai boleh hubungi saya dengan kadar segera.

TQ




HASRUL HAFIZ BIN ABU BAKAR


Salam Mr Hasrul,

As per conversation, Mesra Mall is organising an event in conjunction of the Earth Hour movement this year, on 28th March 2015. We are keen to invite Faculty Of Electrical Engineering from UiTM Dungun  to join on board by having a mini exhibition to exhibit your students creative invention with regards to Go Green/ Environmental products.

It will be a great exposure for the students, and at the same time it would give a great educational value to our visitors as well.

As you have mentioned, you will need about a week to identify the relevant projects for the mini exhibition,thus I shall wait for your favourable respond soon.

Should you have any enquiry, please do not hesitate to reach me.

Thank you.

Best regards,
Idzaida Shabbri |

Program membina jati diri pelajar

Assalamualaikum,

Melihat kepada peningkatan masalah pelajar terutamanya dari segi sikap sambil lewa dan kurangnya komitmen pelajar terhadap pelajaran dan pengajian yang semakin membimbangkan, Fakulti telah merancang untuk mengadakan bengkel motivasi, bina semangat dan jatidiri bagi pelajar2 yang terpilih ini. Justeru, Fakulti juga telah bersetuju untuk melantik En Izzat selaku Pengarah Program bagi tujuan ini. Mohon En Izzat untuk membentuk jawatankuasa bagi merancang dan menjayakan bengkel ini. Surat lantikan akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Fakulti juga menyeru kepada semua staf untuk sama-sama membantu dalam usaha ini. Semoga usaha ini diberkati dan diharap insyaAllah sedikit sebanyak dapat mengubah dan mengembalikan semangat dan keyakinan insan2 yang terpilih ini...

TQ




HASRUL HAFIZ BIN ABU BAKAR

Meeting Projek Mesra Mall

Assalamualaikum,

Satu meeting ringkas akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 8/3/2015 (isnin)
Masa : 12 tgh hari
Tempat: 13A6
Ahli: SV yg ingin menyertai mini exhibition di mesra mall

Agenda: 
Perbincangan projek utk pameran di Mesra Mall





HASRUL HAFIZ BIN ABU BAKAR
KOORDINATOR FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK
UiTM KAMPUS DUNGUN
TERENGGANU