Saturday 17 January 2015

Sambutan Maulidur Rasul

Y. Bhg. Prof./Prof. Madya Dr./ Prof. Madya/ Tuan/ Puan/ Cik


Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Majlis Sambutan MaulidurRasul peringkat UiTM Terengganu akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 22 Januari 2015 (Khamis)
Masa : 7.00 pagi
Tempat berkumpul : Kompleks Gemilang, UiTM

Kelab Akademik, Bahagian HEA dan Bahagian PJIA telah diletakkan di bawah satu kumpulan perarakan. Satu mesyuarat kecil yang diketuai oleh Biro Kebajikan Kelab Akademik dan disertai oleh beberapa AJK yang lain serta dipersetujui oleh wakil Bahagian HEA dan PJIA menetapkan beberapa perkara bagi kelancaran majlis dan perarakan ini. Antara yang dipersetujui adalah:

1. Pakaian wanita : Jubah Hitam, Tudung biru muda
2. Pakaian lelaki : Baju Kemeja Tangan Panjang berwarna biru muda, seluar slack hitam dan bersongkok hitam.
3. Selawat diketuai oleh Y. Bhg. Ustaz Haji Wan Anuar Wan Mamat.
4. Makanan tambahan disediakan untuk kontingen ini (HEA, PJI dan para pensyarah)

Besarlah harapan kami untuk melihat ramai pensyarah yang akan turut serta pada perarakan tersebut dan mencapai jumlah yang amat membanggakan pada tahun ini.  Marilah kita semua beramai-ramai hadir dan memeriahkan sambutan Hari Kelahiran Pemimpin Teragung dan kekasih Allah ini.

Tanpamu Ya Rasullullah, Siapalah Diri Kami.....

Sekian, Terima kasih. Harap maklum.



Biro Komunikasi & Publisiti
-hcn-

KELAB AKADEMIK UITMT

mesyuarat akademik FKE

Assalamualaikum,

Satu mesyuarat akademik FKE bersama wakil Dekan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 27 Januari 2015 (Selasa)
Masa: 1030 Pagi ~
Tempat : BMU
Kehadiran : Semua Pensyarah (tetap/kontrak/pakej) dan Penolong Pensyarah FKE di WAJIB kan hadir.

TQ



HASRUL HAFIZ BIN ABU BAKAR