Sunday 6 August 2017

Tuesday 23 May 2017

bengkel perancangan strategik

Assalamualaikum,

Disertakan senarai staf FKE mengikut kump untuk bengkel perancangan strategik khamis ini...setiap kump DIWAJIBKAN menyediakan laptop sekurang2nya sebiji...mohon ketua kump utk uruskan...

tq






HASRUL

Meeting Pra Jan

Assalamualaikum,

Memandangkan 24hb adalah cuti umum, meeting pra-jan untuk EE adalah seperti berikut:

Tarikh: 23hb April 2017 (Ahad)
Masa: 230 - 430 ptg
Tempat: DJ

Semua pensyarah dan penolong pensyarah diWAJIBkan hadir

tq



HASRUL 

Intersesi

Assalamualaikum,

Sempena cuti semester yang akan datang, FKE UiTMT akan menawarkan 2 kod kursus untuk Intersesi iaitu :

ESE359 : Control System
ECM241 : Basic Communication Engineering

- Tempoh kursus - 24 Julai hingga 24 Ogos 2017
- Yuran               - RM200.00 untuk setiap kursus
- Kelas hanya akan dibuka sekiranya bilangan pelajar yang mendaftar untuk setiap kursus adalah sekurang-kurangnya 15 orang

Pelajar yang berminat boleh mengisi borang pendaftaran di luar bilik Koordinator Fakulti, Dr Zulzilawati (Intelek, KP04) selewat-lewatnya 9 Februari 2017.

Oleh itu, ingin memohon jasa baik semua pensyarah untuk memaklumkan maklumat berkenaan Intersesi ini kepada semua pelajar kelas/PA 
Dr/Tuan/Puan semua.

p/s : Calon ANC tidak dibenarkan mengambil intersesi kerana ia akan menyebabkan pelajar berkenaan tidak layak mendapat ANC.


Sekian, terima kasih.

Regards,
Hasnorhafiza

penambahbaikan manual EEE230 . Program tersebut seperti berikut:

Assalamualaikum,

Seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat UPFM baru2 ini, dengan kertas kerja bagi Program ini yang telah diluluskan oleh TRHEA, saya dan rakan2 yang lain bercadang menjalankan program bagi penambahbaikan manual EEE230 . Program tersebut seperti berikut:

Tarikh :  8 Nov 2016 - 9 Nov 2016
Masa : 9.30 pg - 5.00 ptg.
Program : Penambahbaikan Manual Lab EEE230
Peserta : Penolong Jurutera ( Mengikut bidang )
 Penolong Pensyarah
 Pensyarah( Mengikut Bidang/ bergantung kepada LiC ) sekurang-kurangnya 2 org(lebih lagi baik)

** Di harapkan KF dan LiC setiap bidang dapat memaklumkan kepada pensyarah di bidang masing2 untuk menyertai dan menambahbaik Kursus EEE230.
** Saya tak pasti pensyarah LiC setiap bidang....mohon pensyarah dan KF memaklumkan kepada LiC setiap bidang.

Kami berharap program ini dapat meningkatkan dan menambahbaik Kursus EEE230
wassalam.

** Tiada budget diluluskan dalam program ini....andai ada yang ingin menyumbang...di alu-alukan...

Pelajar kurang Kemampuan

Assalamualaikum wbt
Mohon kepada semua PA agar mengambil inisiatif untuk menyoal selidik pelajar-pelajar seliaan (Anak PA) masing-masing
dan mengenalpasti pelajar dari keluarga yang kurang kemampuan agar menyalurkan maklumat tersebut kepada setiausaha fakulti, Cik Nur Syahirah.
Selewat-lewatnya 9Feb 2017, sebelum jam 12.00 tengahari.
Sekian. Terima kasih


Surat dari TNC(Akademik & Antarabangsa) bertarikh 29 Disember adalah dirujuk.

Sehubungan itu mohon jasa baik pihak tuan/puan untuk saya dapatkan maklumat berkaitan pelajar diploma dan ijazah yang terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan di fakulti tuan/puan untuk tindakan saya selanjutnya. 
Maklumat yang diperlukan adalah sebagaimana template yang dilampirkan. Sila majukan kepada saya sebelum atau pada 09 Februari 2017.

Aktiviti

Assalamualaikum wbt

Mohon maklum, satu jawatankuasa FKE baru telah ditubuhkan, yang terdiri dari kesemua Penolong Pensyarah bagi menyimpan rekod
semua aktiviti pelajar dan staf berkuatkuasa 1 Januari 2017 - 31 Disember 2018.
Dengan ini, dipohon kepada semua staf yang memohon sebarang aktiviti fakulti (samaada aktiviti bersama pelajar atau staf shj)
untuk membuat satu salinan KERTAS KERJA YANG TELAH DILULUSKAN dan diserahkan kepada Penolong Pensyarah untuk
direkodkan, bermula 1 Januari 2017.

Rekod aktiviti pelajar
AJK:
1. Pn Siti Khadijah Binti Hassan
2. Pn Roszitaida Binti Adzemin

Aktiviti pelajar
1. P & P (pengajaran dan pembelajaran) - contoh: clinic day, module/bengkel berasaskan P&P, aktiviti fyp, etc.
2. Aktiviti dibawah kelab EESA - contoh: jualan, sukaneka, mesyuarat etc
3. Aktiviti Pemantapan - contoh: perjumpaan bersama PA, zero to hero, etc
4. Pencapaian pelajar (sijil atau surat penghargaan)
           - Ilmiah / Akademik - contoh: debat, robotic, exhibition etc
           - bukan ilmiah / bukan akademik - contoh: pencapaian sukan, liga, juara, naib juara, saguhati etc
5. Kepimpinan - contoh: aktiviti bawah hep/ukp, module ukp, perlantikan jawatan mpp etc.

# mohon kerjasama PA-PA untuk sama-sama menyalurkan maklumat aktiviti/pencapaian pelajar seliaan masing-masing.

Rekod aktiviti Staf (Pensyarah, PP & PJ)
AJK
1. En Mat Yushafizee Bin Mat Yunus
2. En Nasran Bin Abd Rashid

Aktiviti Staf
1. Penyelidikan & Penerbitan - contoh: jurnal, konferensi, kertas kelulusan geran etc
2. P & P - contoh: bengkel/ module bersama staf shj, mesyuarat, e-content, mooc etc. (kertas kerja lulus)
3. Kepakaran - contoh: surat jemputan penceramah, fasilitator, penilai, pemeriksa (dalaman atau luaran) etc. (surat lantikan atau sijil)
4. Kepimpinan - contoh: surat lantikan jawatan/penjawatan (dalaman atau luaran) etc (surat lantikan)
5. Pencapaian - contoh: pertandingan/inovasi, anugerah inovasi, anugerah lain-lain atau etc (sijil atau surat)
6. Kelab FKE - aktiviti dibawah kelab FKE. contoh: sukan/rekreasi, kebajikan etc. (kertas kerja lulus)

Diharapkan kerjasama dari semua staf untuk sama-sama bekerjasama menjayakan aktiviti penyimpanan rekod fakulti ini.

Sekian. Terima Kasih.

pneumatic trainer

Assalamualaikum wbt

Untuk makluman, pada 8 - 9/2/2107 (rabu dan khamis) akan diadakan satu bengkel pneumatic trainer.

Sesiapa yang berkelapangan pada tarikh tersebut boleh memberikan nama kepada Penolong Jurutera, Mohd Khairul Izham Bin Harun.

*p/s: Keutamaan kepada pensyarah bidang sistem

EE114

Salam. 
Kepada penama2 berikut yang dilantik sebagai RP bagi setiap kod EE114, diharap bersedia utk review dan melengkapkan silibus spt maklumat berikut: 

Tarikh : 20/12/2016 (Selasa Week 3) 
Masa : 2-5 ptg 
Tempat : MK14B1 

EEIEC 2017

Assalamualaikum wrt,

Untuk pengetahuan semua, hari ini berlansungnya program EEIEC 2017 (Pembentangan Projek Tahun Akhir) yang terdiri daripada 7 kumpulan. Mana-mana yang berkelapangan di jemput untuk hadir ke Dewan Jasmin. Program bermula 9:30 pagi~Sehingga selesai (Jangkaan 1:00 petang). 

Dengan kehadiran Tuan/Puan ke program ini dapat memberi sokongan moral kepada pelajar-pelajar ini selain dapat memeriahkan lagi program ini.


Terima Kasih.

Hikmee
Koordinator FYPII