Showing posts with label Aktiviti Staf. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Staf. Show all posts

Tuesday, 23 May 2017

Aktiviti

Assalamualaikum wbt

Mohon maklum, satu jawatankuasa FKE baru telah ditubuhkan, yang terdiri dari kesemua Penolong Pensyarah bagi menyimpan rekod
semua aktiviti pelajar dan staf berkuatkuasa 1 Januari 2017 - 31 Disember 2018.
Dengan ini, dipohon kepada semua staf yang memohon sebarang aktiviti fakulti (samaada aktiviti bersama pelajar atau staf shj)
untuk membuat satu salinan KERTAS KERJA YANG TELAH DILULUSKAN dan diserahkan kepada Penolong Pensyarah untuk
direkodkan, bermula 1 Januari 2017.

Rekod aktiviti pelajar
AJK:
1. Pn Siti Khadijah Binti Hassan
2. Pn Roszitaida Binti Adzemin

Aktiviti pelajar
1. P & P (pengajaran dan pembelajaran) - contoh: clinic day, module/bengkel berasaskan P&P, aktiviti fyp, etc.
2. Aktiviti dibawah kelab EESA - contoh: jualan, sukaneka, mesyuarat etc
3. Aktiviti Pemantapan - contoh: perjumpaan bersama PA, zero to hero, etc
4. Pencapaian pelajar (sijil atau surat penghargaan)
           - Ilmiah / Akademik - contoh: debat, robotic, exhibition etc
           - bukan ilmiah / bukan akademik - contoh: pencapaian sukan, liga, juara, naib juara, saguhati etc
5. Kepimpinan - contoh: aktiviti bawah hep/ukp, module ukp, perlantikan jawatan mpp etc.

# mohon kerjasama PA-PA untuk sama-sama menyalurkan maklumat aktiviti/pencapaian pelajar seliaan masing-masing.

Rekod aktiviti Staf (Pensyarah, PP & PJ)
AJK
1. En Mat Yushafizee Bin Mat Yunus
2. En Nasran Bin Abd Rashid

Aktiviti Staf
1. Penyelidikan & Penerbitan - contoh: jurnal, konferensi, kertas kelulusan geran etc
2. P & P - contoh: bengkel/ module bersama staf shj, mesyuarat, e-content, mooc etc. (kertas kerja lulus)
3. Kepakaran - contoh: surat jemputan penceramah, fasilitator, penilai, pemeriksa (dalaman atau luaran) etc. (surat lantikan atau sijil)
4. Kepimpinan - contoh: surat lantikan jawatan/penjawatan (dalaman atau luaran) etc (surat lantikan)
5. Pencapaian - contoh: pertandingan/inovasi, anugerah inovasi, anugerah lain-lain atau etc (sijil atau surat)
6. Kelab FKE - aktiviti dibawah kelab FKE. contoh: sukan/rekreasi, kebajikan etc. (kertas kerja lulus)

Diharapkan kerjasama dari semua staf untuk sama-sama bekerjasama menjayakan aktiviti penyimpanan rekod fakulti ini.

Sekian. Terima Kasih.

Tuesday, 13 December 2016

Science Workshop


ADC DAC trainer

Assalamualaikum, 

Latihan guna pakai peralatan ADC DAC trainer akan dilakukan pada tarikh berkenaan:
 
Tarikh : 26/10/2016 (Rabu)
 
Tempat: Makmal 13C6
 
Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang
 
Pensyarah yang terlibat diwajibkan hadir.
 
1.Fadhli Dzul Hilmi B. M Fauzi
 
2.Siti Aishah Bt Che Kar
 
3.Suziana Bt Omar
 
4.Mohd Amir Hamzah B. Ab Ghani
 
Rakan - rakan pensyarah yang pernah mengajar Digital Electronics Fundamental EPO242, Digital System 1 ECE351 & Digital System 2 ECE355 dijemput hadir untuk sama-sama menuntut ilmu.
 
Dijemput juga semua rakan-rakan yang berkelapangan untuk menghadirkan diri.
 
Semoga berkat ilmu yang bakal diperoleh dan sebarang perkongsian kepakaran dari rakan pensyarah dialu-alukan.
 
Terima kasih
 

‘Santai Sukan Warga Akademik 2016


JOM BERSUKAN!!!

Untuk makluman semua, Kelab Akademik UiTM (Terengganu) akan menganjurkan program ‘Santai Sukan Warga Akademik 2016’ yang akan diadakan pada 10 DISEMBER 2016 (SABTU) bertempat di Stadium Gemilang. 
Program ini bertujuan  mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga akademik dan keluarga, di samping membudayakan sukan sebagai aktiviti riadah yang sihat. Pelbagai pengisian program dan acara sukan yang akan dianjurkan antaranya: 

medal emas di IIDEX2016 UiTM Shah Alam

tahniah diucapkan kepad Encik Mohd Suhaimi Sulaiman dengan gabungan pensyarah FKE UiTM Shah Alam kerana berjaya mendapat medal emas di IIDEX2016 UiTM Shah Alam
FKE boleh

Pengumpulan tarikh test

Assalamualaikum w.b.t buat sahabat sekerja semua. Moga dalam rahmat dan lindungan Allah s.w.t selalu.


Saya memohon jasa baik semua LIC untuk menghantar tarikh bagi test 1 dan juga test 2 kepada saya ataupun kpd Puan siti 

Ini bagi tujuan rekod dan akan kami paparkan dalam blog FKE untuk tatapan semua. Mohon hantar selewatnya minggu depan. Lagi cepat lagi bagus.

Selamat memulakan kuliah. All the best and good luck.


Terima kasih.


Wassalamualaikum w.b.t

Mesyuarat Fakulti

Assalamualaikum, 

Mohon maaf. Terdapat perubahan tempat meeting fakulti yang akan diadakan pada hari ini iaitu:

Tarikh: 6/12/2016 (Selasa) 
Masa: 2:00  pm
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama (BMU)

Semua staf FKE diwajibkan hadir.

Terima kasih

Monday, 14 November 2016

Bengkel Penyelidikan Cluster Komunikasi & Pengenalan Kepada Teknologi 5G Di Malaysia”

Assalamulaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan di jemput menghadiri program “Bengkel Penyelidikan Cluster Komunikasi & Pengenalan Kepada Teknologi 5G Di Malaysia” yang akan di sampaikan oleh Prof. Madya Dr Mohd Tarmizi Bin Ali. Beliau merupakan pengasas utama untuk group “Antenna Research Group (ARG)”, UiTM Shah Alam. Butiran bengkel seperti berikut:

Tarikh     :   15 Ogos 2016 (Isnin)
Masa       :   2.30 – 4.30 petang
Tempat    : Bilik Seminar High Impact, Tingkat 3, Bangunan Integriti, UiTM (Terengganu)  Dungun.

Semua staf akademik FKE dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.


Best Regards,

PROGRAM SUSULAN "zero2Hero"

Salam.

Sekadar peringatan untuk PA-PA

Satu program susulan untuk pelajar yang telah mengikuti program "zero2Hero" ver 1 akan diadakan pada:

Tarikh : 29 Ogos 2016 ( Isnin)
Masa : 2.30 - 5.00 pm
Tempat : Dewan Jasmin

*Minum petang disediakan kepada yang terlibat

Program ini adalah untuk melihat pencapaian akademik mereka untuk semester ini. Report kad akan dikeluarkan khas untuk pelajar-pelajar ini untuk menyenangkan PA untuk memantau pencapaian mereka.

Di harap kepada PA yang terlibat agar dapat men war-warkan kepada "anak-anak' mereka yang terlibat.

PA juga diwajibkan hadir untuk kelangsungan program ini.

Dilampirkan pelajar dan PA yang terlibat

Sekian, terima kasih

Majlis Ramah Mesra Naib Canselor bersama Seluruh Warga UiTM Terengganu

Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Ramah Mesra Naib Canselor bersama Seluruh Warga UiTM Terengganu akan diadakan sepertimana berikut:

Tarikh : 04 September 2016 (Ahad)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Aspirasi
Universiti Teknologi MARA ( Terengganu)
Dungun, Terengganu Darul Iman

2. Majlis ini diadakan bersempena Lawatan Rasmi Naib Canselor ke UiTM (Terengganu) pada tarikh tersebut.

3. Sehubungan itu Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan adalah dikehendaki hadir bagi bersama-sama mendengar Amanat dan menjayakan Sesi Ramah Mesra bersama-sama dengan Naib Canselor.

4.    Sukacita dimaklumkan juga bahawa pelepasan/penangguhan kuliah juga diberikan kepada semua staf akademik mulai jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada tarikh tersebut bagi membolehkan mereka turut sama hadir ke majlis berkenaan.

5. Mohon Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan membawa bersama kad staf masing-masing untuk proses pendaftaran melalui sistem EASY ACCESS ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM (EAMS).
Masa 'Check In" : 10.00 pagi - 11.30 pagi
Masa Check out : Setelah tamat program

Sekian dimaklumkan. Kehadiran semua staf Universiti Teknologi MARA (Terengganu) ke majlis tersebut adalah amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.




ARMYN

Istiadat Konvokesyen UiTM Kali Ke-85 UiTM (Terengganu

Y.Bhg. Prof/Prof Madya Dr./Dr./Tuan/Puan

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.     Seperti mana sedia maklum, Istiadat Konvokesyen UiTM Kali Ke-85 UiTM (Terengganu) akan berlangsung pada 1 dan 2 November 2016 (Selasa - Rabu)
di Dewan Aspirasi.

TRAINING ADC DAC

Assalamualaikum,

Latihan guna pakai peralatan ADC DAC trainer akan dilakukan pada tarikh berkenaan:

Tarikh : 26/10/2016 (Rabu)
Tempat: Makmal 13C6
Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang

Pensyarah yang terlibat diwajibkan hadir.

1.Fadhli Dzul Hilmi B. M Fauzi
2.Siti Aishah Bt Che Kar
3.Suziana Bt Omar
4.Mohd Amir Hamzah B. Ab Ghani

Rakan - rakan pensyarah yang pernah mengajar Digital Electronics Fundamental EPO242, Digital System 1 ECE351 & Digital System 2 ECE355 dijemput hadir untuk sama-sama menuntut ilmu.

Dijemput juga semua rakan-rakan yang berkelapangan untuk menghadirkan diri.

Semoga berkat ilmu yang bakal diperoleh dan sebarang perkongsian kepakaran dari rakan pensyarah dialu-alukan.

Terima kasih

Sunday, 21 August 2016

Latihan Wiring

Assalamualaikum, Makmal Pendawaian FKE (Karah) telah diimproved oleh UPFM Team, oleh itu sesi latihan bagi penggunaan makmal tersebut akan diadakan sebelum pelajar2 part 1 memulakan lab wiring... Tarikh: Bermula 18hb Jun 2016 (Setiap ptg isnin smpi expert) Masa: 230 ptg~ Tempat: Makmal Wiring Karah Ahli wajib: Semua Pensyarah yang mengajar Electrotech (EEE111) Fasilitator: En Yusof, En Shahran, En Mat, En Nasran PJ bertugas: En Azmi Mohon En Yusof untuk mengambil kehadiran.... tq hafiz

Pre Vett 2016

Assalamualaikum, Dilampirkan senarai vetters bagi untuk prevett esok. Ingin dimaklumkan segala urusan pre-vett hendaklah dibuat di ME13A5 bagi tujuan Ketua Unit Exam,Pn Sha memastikan segala dokumen hardcopy lengkap dan juga bagi tujuan kerahsiaan. Aturcara spt berikut: 16-18 Mei 2016: 9:30 - 12:00 tgh hari Serah terima / prevet 12:00 - 2:00 ptg Rehat 2:00 - 5:00 ptg Serah terima / prevet Printer disediakan bagi tujuan percetakan. Urusetia: Pn Nik Nur Shaadah Ketua Unit Exam En Shaiful Bakhtiar Ketua Bidang Elektronik En Mohamad Yusof Ketua Bidang Komunikasi En Mohd Amir Hamzah Ketua Bidang Komputer En Abdul Hafiz Ketua Bidang Sistem En Raja Ketua Bidang Kuasa Urusetia hendaklah memastikan semua kod telah melalui proses pre-vett sebelum masuk vetting next week.. TQ HASRUL HAFIZ

Tuesday, 10 May 2016

Ekspo Selangkah Ke UiTM

Assalamualaikum, Ekspo Selangkah Ke UiTM bagi keputusan peperiksan SPM 2015 pada tahun in akan didakan seperti berikut: Tarikh : 13 Mac 2016 (Ahad) Masa : 8:00am ~ 5:00pm Tempat : 1. Dewan Aspirasi, UiTM Dungun 2. Kuala Terengganu 1. Dewan Aspirasi - Satu booth bagi setiap fakulti akan disediakan. 2 org petugas bagi satu booth sepanjang Ekspo berlangsung. - Fakulti perlu decorate/demo barang di booth masing2, RM100/booth diperuntukan - Tugasan: i) Menghias booth - Cik Nazuha dan EESA, demo En Taib dan Robotik club. Booth hanya boleh disetup selepas pukul 12 tgh hari 12 Mac 2016 (Sabtu). ii) Petugas Booth - En Ahmad Izzat dan En Shaiful Bakhtiar (Petugas tetap). Namun pada pensyarah yang tidak mempunyai kelas boleh datang membantu pada hari kejadian. iii) Teknikal - En Abd Hafiz dan UPFM (mengikut keperluan) - Akan ada pertandingan booth paling havoc dan booth terbaik namun matlamat utama Ekspo ini adalah untuk menarik minat bakal pelajar terutama untuk FKE kerana melihat trend terbaru jumlah pelajar kita yang semakin sedikit, diharap semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dapat memberi idea/sumbangan/tenaga bagi menjayakan ekspo ini. 2. Kuala Terengganu - Petugas akan dimaklumkan kemudian. TQ hafiz

Badminton staf Perempuan

Rabu 8.00- 12.00 tengahari Dewan Badminton UiTM Terengganu

Bengkel Vetting Soalan Peperiksaan Akhir Diploma September 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 1.Tajuk email adalah dirujuk. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 1.Tajuk email adalah dirujuk. Bengkel Vetting Soalan Peperiksaan Akhir Diploma September 2016 akan dijadualkan seperti ketetapan berikut: Tarikh: 23, 24 dan 25 MEI 2016 Hari: Isnin, Selasa dan Rabu Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang Tempat: Dewan Jasmin, UiTM Terengganu 2. Mohon kerjasama LiC/Penyedia Soalan untuk mengambil JSU dengan saya, Nik Nur Shaadah Nik Dzulkefli mulai 17 April 2016 (wakil tidak dibenarkan untuk mengambil JSU) sekaligus mengisi Borang Pengakuan Staf ( Semakan H ) dan Borang Produk Pelanggan ( Semakan F ) untuk ditandatangani oleh Tuan Rektor. 3. Item yang perlu dihantar dalam bentuk 'hard copy' adalah seperti berikut:- i) Kertas Soalan Peperiksaan (KSP) ii) skema jawapan iii) JSU iv) Borang Penelitian Kertas Soalan v) Borang Penyerahan/Penerimaan KSP dan skema Jawapan 5. Kesemua item di atas bersama Kertas Soalan Peperiksaan yang telah di Pre-vett (wajib) mengikut bidang masing-masing perlu dihantar kepada AJK Unit Peperiksaan yang ditugaskan selewat-lewatnya pada 19 Mei 2016 (Khamis). Tarikh pre-vet adalah pada 16, 17 dan 18 Mei 2016 (Isnin, Selasa dan Rabu). 6. Sekadar peringatan: penghantaran kertas soalan peperiksaan dan skema jawapan melalui EMAIL adalah DILARANG sama sekali kerana ianya adalah 'confidential'. P/S: Borang Pengakuan Staf ( Semakan H ) dan Borang Produk Pelanggan ( Semakan F ) sudah saya fotostat. Sekian, terima kasih. Nik Nur Shaadah akan dijadualkan seperti ketetapan berikut: Tarikh: 23, 24 dan 25 MEI 2016 Hari: Isnin, Selasa dan Rabu Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang Tempat: Dewan Jasmin, UiTM Terengganu 2. Mohon kerjasama LiC/Penyedia Soalan untuk mengambil JSU dengan saya, Nik Nur Shaadah Nik Dzulkefli mulai 17 April 2016 (wakil tidak dibenarkan untuk mengambil JSU) sekaligus mengisi Borang Pengakuan Staf ( Semakan H ) dan Borang Produk Pelanggan ( Semakan F ) untuk ditandatangani oleh Tuan Rektor. 3. Item yang perlu dihantar dalam bentuk 'hard copy' adalah seperti berikut:- i) Kertas Soalan Peperiksaan (KSP) ii) skema jawapan iii) JSU iv) Borang Penelitian Kertas Soalan v) Borang Penyerahan/Penerimaan KSP dan skema Jawapan > 5. Kesemua item di atas bersama Kertas Soalan Peperiksaan yang telah di Pre-vett (wajib) mengikut bidang masing-masing perlu dihantar kepada AJK Unit Peperiksaan yang ditugaskan selewat-lewatnya pada 19 Mei 2016 (Khamis). Tarikh pre-vet adalah pada 16, 17 dan 18 Mei 2016 (Isnin, Selasa dan Rabu). 6. Sekadar peringatan: penghantaran kertas soalan peperiksaan dan skema jawapan melalui EMAIL adalah DILARANG sama sekali kerana ianya adalah 'confidential'. P/S: Borang Pengakuan Staf ( Semakan H ) dan Borang Produk Pelanggan ( Semakan F ) sudah saya fotostat. Sekian, terima kasih. Nik Nur Shaadah

Tuesday, 15 March 2016

"Route to Become a Professional Engineer (Ir)

Assalamualaikum. Unit Penyelidikan dan Kepakaran (UPnK), FKE menjemput semua staf Fakulti Kejuruteraan ke satu sharing session berkenaan "Route to Become a Professional Engineer (Ir)". Berikut adalah butiran program: Tarikh : 16 Mac 2016 (Rabu) Waktu : 2.00-5.00 petang Tempat : Dewan Jasmin, UiTM Dungun Disampaikan oleh wakil IEM Kerteh Chapter: 1) Ir Haji Ahmad Nazari Ashari ( Mecip Global Engineers Sdn Bhd) 2) Ir Saiful Azmi Suhaili (Petronas Carigali Sdn Bhd) Jangan lepaskan peluang yang ada ini untuk menimba ilmu bagi pembangunan kerjaya kita semua. Kepada yang berminat, bolehlah memberi nama dan no pekerja kepada saya selewat-lewatnya pada jam 6.00 petang hari ini. Terima kasih.

EPIC

Untuk makluman, Educational Project of Innovation Competition (EPIC) akan diadakan pada 10 September 2015 di UiTM (Terengganu) Kampus Bukit Besi. Tarikh penghantaran abstract telah dilanjutkan sehingga 28 Ogos 2015. Oleh itu, kepada anda yang menyelia projek akhir tahun pelajar atau projek-projek lain, anda amatlah dialu-alukan untuk menyertai EPIC. Ayuh sertai kami di EPIC. Jangan biarkan harta intelek pelajar anda dibazirkan begitu sahaja. Mereka adalah Generasi Y yang sangat kreatif. Ketengahkan idea dan bakat mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://tiid.uitm.edu.my/epic/ Sekian, terima kasih.

EEIEC & DINNER

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana baru-baru ini pihak Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Terengganu telah selesai menjalankan Program 'Electrical Engineering Innovation Exhibition and Competition' (EEIEC 2015) dan juga Majlis Makan Malam Staf bersama Pelajar FKE Semester Akhir 2015. Sehubungan dengan itu, pada kesempatan kali ini pihak kami ingin merakamkan sekalung penghargaan kami buat semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan dan melancarkan perjalanan program-program tersebut. Unit-unit dan bahagian-bahagian yang terlibat adalah:- - HEA - Infotech - BPF - Unit Komunikasi Korporat Terengganu - HEP - Polis Bantuan, dll Setinggi-tinggi penghargaan kami juga turut ditujukan kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Profesor Madya Dr Azemi Che Hamid selaku jemputan khas untuk merasmikan Program EEIEC 2015. Tidak dilupakan juga kepada Ketua Pusat Pengajian Sains dan Teknologi, Dr Mohd Zamri Jusoh dan Ketua Program FKE, En Hasrul Hafiz Abu Bakar yang turut menghadiri program-program tersebut. Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan staf FKE yang telah bertungkus-lumus selaku AJK pelaksana yang telah memastikan program ini berjalan seperti yang dirancang. Penghargaan kami juga kepada para juri yang telah mengadili para peserta pada hari tersebut. Tanpa komitmen dan sumbangan yang tidak berbelah bahagi oleh semua pihak, program ini tidak mungkin mampu direalisasikan pada kali ini. Kerjasama yang diberikan amatlah kami dihargai. Harapan pihak kami ialah agar program-program ini mampu menyuntik semangat dan menjadi sebagai satu titik permulaan untuk para pelajar mencipta evolusi dan inovasi dalam bidang sains dan teknologi khasnya kejuruteraan elektrik.