Wednesday 8 July 2015

Sunday 5 July 2015

iftar ramadhan fke

Assalamualaikum.... Untuk makluman, pihak kelab (KEKASF) akan menganjurkan majilis berbuka puasa seperti yang telah diputuskan di dalam mesyuarat fakulti pada 2/7/2015. Butiran majilis adalah seperti berikut: Tarikh: 8/7/2015 (Rabu) Tempat : Bilik Kuliah Duyung Masa : 6 ptg - 8 malam Sehubungan dengan itu, saya sebagai wakil kelab ingin menjemput Dr/Tuan/Puan beserta keluarga untuk hadir ke majlis tersebut. Semoga dengan adanya majlis seperti ini akan dapat merapatkan lagi ikatan kekeluargaan di kalangan warga fakulti. Bagi staf yang akan hadir, bayaran RM15 akan ditaja oleh kelab dan sekiranya bercadang untuk membawa keluarga, bayaran sebanyak RM15 akan dikenakan kepada tambahan ahli keluarga. Anak-anak di bawah umur 13 tahun tidak dikenakan bayaran. Diharap agar dapat segera mengesahkan kehadiran Dr/Tuan/Puan kepada En Mohd Taib memandangkan jarak waktu yang singkat. Ini bagi memudahkan pihak penganjur membuat persedian/langkah selanjutnya. Saya juga ingin menggunakan kuasa saya sebagai Pemegang Mohor Besar KEKASF untuk melantik penama-penama di bawah sebagai AJK penganjur. Penyediaan tempat 1. Baktiar 2. Mohd Aldrin 3. Ahmad Shahran Tempahan makanan utama 1. Wan Ahmad Khusairi 2. Mohd Saiful Najib 3. Ahmad Izzat Tempahan makanan iringan dan minuman 1. Shaiful Bakhtiar 2. Abdul Hafiz 3. Mohd Nazrul Penyertaan 1. Mohd Taib Tok imam/kadi 1. Fadhli Dzul Hilmi Diharap semua dapat menjalan tugas masing dengan rela hati ya Bantuan/sokongan dari semua warga FKE bagi menjayakan majlis ini amatlah diharapkan. Saya akan create grup telegram sementara bagi AJK diatas bagi melicinkan perjalanan/persediaan majlis.