Tuesday 23 July 2013

CDIO

salam,


kepada semua pensyarah yang mengajar subjek Electrotechnology (EEE111) pada semester ini, satu perjumpaan akan diadakan pada masa dan tempat berikut:


 

Hari   : Isnin

Tarikh : 15 July 2013

Masa   : 12 tengah hari

Tempat : ME13A5


 

Diharap semua yang berkenaan dapat hadir.


sekian, terima kasih

wassalam
 
Sir Shahran

EEE231 official facebook(UiTMT)


 
Assalamualaikum w.r.t w.b.t,

     Di sini saya ingin berkongsi mengenai laman fb khas untuk EEE231 (UiTMT), yang digunakan oleh kami pensyarah EEE231 untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar kami 24-7. Gambar di atas adalah contoh keratan fb tersebut. Ianya sangat berguna dan memudahkan urusan P&P NF2F, di mana kami boleh melayan pelajar-pelajar kami dengan lebih fleksibel. Sebagai contohnya saya pernah berinteraksi dengan pelajar sehingga selepas tengah malam untuk berbincang mengenai subjek. Pelajar juga lebih senang untuk bertanya soalan, memandangkan mereka dilengkapi dengan teknologi IT yang meluas masa kini.


     Selain itu, maklumat penting juga lebih mudah disalurkan kepada pelajar-pelajar, dan tindak balas dari mereka juga boleh diperolehi dengan kadar yang segera. Sebagai contohnya tindak balas positif dari pelajar berkenaan program yang telah dilaksanakan siang tadi berjaya diperolehi untuk dijadikan panduan setakat mana objektif program tadi telah berjaya dicapai.

Tambahan, hasil usaha ini adalah gabungan penat lelah dengan penuh keihklasan dari sahabat-sahabat seperjuangan saya yang turut mengajar subjek EEE231 semester ini. 

Kudos to Suziyani,Suziana,Rina,Najib,Ammar,Huda dan Saiful Bahtiar.Teruskan perjuangan kalian.

Sekian. Terima kasih.

Sir Zamri
 
 
 

Freescale Cup 2013


Assalamualaikum dan selamat berpuasa


Alhamdulillah Freescale cup 2013 telahpun melabuhkan tirainya hari ahad yang lepas. sebanyak 36 team dari seluruh malaysia telah menyertai pertandingan ini.

team dari UiTM terengganu tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam pertandingan lumba kereta pintar yg berprestij ini.

 
UiTMT diwakili oleh 3 orang pelajar telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir dan berlumba bersama 22 peserta lain yang berjaya melepasi qualification round(bakinya tak lepas).

walaupun belum menjadi juara, kita berjaya berada di ranking 15 teratas dari semua pasukan, mengatasi team dari UTM, USM, UiTM Penang, dan universiti2 ternama yg lain.

keputusan :

1st : Swinburn

2nd : UMS

3rd : Monash


byk yang boleh dipelajari dari pertandingan2 spt ini. antaranya kepentingan penggunaan close loop control system utk kawal speed dan navigasi kereta. Apapun, explorasi ilmu tetap diteruskan. selepas ni insyaAllah boleh buat sys ID utk kereta tu, dapatkan transfer function, apply PID control atau apa2 control scheme yg bagus. 

 
"Engineering is the art of making what you want from things you can get"-Jerry Avins

Thanks and Regards,

Mohamad Taib bin Miskon

EEE231 Clinic Day; pics and sharing notes

Assalamualaikum w.r.t w.b.t


Pada hari ini, Sabtu (20/07/13), kami telah menganjurkan satu program yang diberi nama sebagai 'EEE231 Clinic Day'. Program ini diwujudkan khas seminggu sebelum setiap kali ujian. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi ruang, masa dan kesempatan kepada pelajar-pelajar untuk mengulang kaji dan bertanya kepada pensyarah-pensyarah (real time), satu perkara yang lumrahnya hanya bersifat 'kadang-kadang' sewaktu di luar kuliah. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan, jelas digambarkan oleh mereka melalui riuh jawapan yang diberi, apabila diajukan soalan sama ada bolehkah program ini dianjurkan lagi sempena ujian pada masa yang akan datang. Secara tersiratnya, program ini dapat membentuk semangat belajar secara berkumpulan, setelah pensyarah-pensyarah EEE231 melantik beberapa ketua yang terdiri dari pelajar-pelajar yang cemerlang sepanjang masa kuliah, di mana mereka membantu mengajar rakan-rakan mereka selama 4 jam tadi di Dewan Jasmin. Akibat terlalu ramai, ada pelajar-pelajar menyusun kerusi dan meja di luar dewan untuk mengulangkaji, sambil menghirup udara yang segar. Pastinya program kali kedua nanti perlu menggunakan lokasi yang lebih luas untuk menampung seramai ratusan pelajar.

Untuk itu, saya sebagai LiC EEE231, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang hadir menabur bakti tadi,iaitu cik suziyani, cik suziana, puan rina, en. ammar dan en. saiful bahtiar. Jasa kalian hanya Allah s.w.t sahaja dapat membalasnya.


LIC
Sir Zamri Jusoh

Tuesday 9 July 2013

Tadarus Al-Quran FKE 2013

Assalamulaikum wrt
Tuan/puan

Alhamdullilah Ramdahan kali ini, kita masih  dapat menyambutnya. Insyallah kelab KeKASF ini menganjurkan tadarus Al-Quran peringkat fakulti. Dijemput hadir bagi yang berkelapangan:

 Tadarus Al-Quran FKE 2013
Tarikh: 10 Julai 2013 – 30 Julai 2013
Masa: 12.00 tgh – azan Zohor
Tempat: Surau lelaki dan Perempuan Bangunan Transformasi

AJK Kelab FKE