Tuesday 28 January 2014

Bengkel Penyelidikan Siri 1, FKE

Assalamualaikum.

Makluman awal kepada semua pensyarah FKE, Jawatankuasa Unit Penyelidikan dan Kepakaran FKE, UiTM Terengganu, akan mengadakan Bengkel Penyelidikan Siri 1 bagi membantu semua pensyarah FKE untuk memohon geran penyelidikan bermula tahun 2014 seperti maklumat di bawah:

Bengkel Penyelidikan Siri 1 (Taklimat Geran & Penghasilan Kertas Cadangan Penyelidikan)
          Tarikh: 8 Febuari 2014 (Sabtu)
          Masa: 8.00-5.00 petang
          Pengisian: Taklimat dan pilihan jenis geran, panduan serta format kertas cadangan, penghasilan kertas cadangan penyelidikan dan 
                           pengetahuan umum berkenaan geran-geran yang ditawarkan
          Penceramah: Dr. Norazamina & Dr. Mohd. Zamri Jusoh


Tahniah diucapkan kerana anda telah dipilih untuk menyertai Bengkel Siri 1 ini. Untuk makluman, kehadiran dalam Bengkel Penyelidikan Siri 1 ini adalah diwajibkan kepada semua peserta yang terpilih.

InsyaAllah Bengkel Penyelidikan Siri 2 akan menyusul bagi tujuan Pemurnian Kertas Cadangan Penyelidikan yang dihasilkan dan pihak jawatankuasa akan menjemput tenaga pakar dari FKE, UiTM Shah Alam. 

Untuk persediaan awal sebelum bengkel, adalah lebih baik sekiranya sahabat-sahabat FKE yang terpilih dan merancang untuk memohon geran-geran penyelidikan agar dapat menyediakan draf pertama kertas cadangan penyelidiakan lebih awal mengikut minat dan kecenderungan masing-masing. Boleh juga membuat perbincangan dalam kumpulan sekiranya sudah ada kumpulan penyelidikan yang dibentuk. Pihak jawatankuasa juga memohon agar kumpulan SIG FKE yang berdaftar di bawah RMU yang tidak mempunyai sebarang geran (FRGS, ERGS, RAGS etc) untuk menyediakan satu cadangan kertas proposal penyelidikan.


Disertakan kumpulan SIG berdaftar FKE di bawah RMU.

Cik Baiti

Monday 27 January 2014

OBE PLOT

salam,

Seperti yang telah di bincangkan last week tentang OBE/PLOT , di sini dilampirkan template PLOT untuk tindakan semua.

juga di lampirkan sekali senarai nama ajk yang terlibat.

di harap semoga semua ajk dapat menepati dateline yang diberi.

Sedikit peringatan untuk melengkapkan OBE/PLOT. 

1. Pastikan setiap ajk menggunakn  template PLOT yang betul . untuk program EE111 dan EE113.
2. Template PLOT mengandungi 3 BAHAGIAN I,II,dan III.
3. Isi template PLOT  untuk BAHAGIAN II dan III sahaja.


Tarikh Dateline:
1) Wakil servicing kepada wakil fakulti ( Rina)  --------3.2.2014
2)Wakil semester kepada wakil Program EE111 (Fadhli Dzul Hilmi) dan EE113 (Nuraiza) ------5.2.2014
3) Wakil Program EE111 dan EE113 kepada wakil fakulti (Rina ) -----9.2.2014


Sebarang masalah boleh rujuk kepada en Hasrul, Rina ,Fadhli dan Nuraiza.

Terima Kasih.


Rina Abdullah

Pensyarah FKE.

Mesyuarat ahli JK Unit Rekacipta dan Inovasi FKE

Assalamualaikum,

Untuk makluman, tuan/puan telah dilantik sebagai ahli JK Unit Rekacipta dan Inovasi FKE mulai 1/1/2104 - 31/12/2015. Tahniah diucapkan dan diharapkan kita akan dapat bekerja sebagai sebuah pasukan dalam mencapai objektif penubuhan JK ini. Saya percaya pihak fakulti menaruh harapan yang tinggi agar kita dapat menggunakan pengalaman, kepakaran dan kesungguhan yang ada bagi mereliasasikan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan nanti.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengadakan satu mesyuarat bagi kita membincangkan aktiviti-aktiviti dan perancangan untuk tahun 2014 ini.

Tarikh yang dicadangkan adalah pada hari Khamis 6/2/2014 2.30 petang. Diharap tuan/puan dapat menghadirkan diri.

Saya juga ingin menjemput Puan Siti Aishah dan En Hasrul Hafiz untuk hadir sama pada mesyuarat nanti.

Bersama-samalah kita menyumbang ke arah pembangunan fakulti.

Terima kasih.

Regards,
Baktiar

Saturday 25 January 2014

Mesyuarat AJK OBE Baru

Mesyuarat OBE telah dijalankan pada;

23/1/2014
Khamis
3.30 petang
Me13a5

Mesyuarat SIG 1/2014

Mesuyauarat SIG  telah diadakam

 Me13a6
2.30 petang
23/1/2014
Khamis

Dipengerusi oleh Dr. Zamri

Mesyuarat FYP2

Assalamulaikum wrt

Tuan/puan


Satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan mengenai pembentangan dan pertandingan projek akhir pelajar FYP2
pada :


Khamis
23 /1/2014
2.15 petang di ME13A5

mohon jasa baik semua ajk dapat menghadirkan diri. Mana-mana pensyarah/staf /penyelia projek dijemput hadir bersama.


Yang terlibat:

1. Puan Nazuha
2. Puan Nordiana
3. Cik Nurhaffizah
4. Puan Siti Sara
5. Puan Norizan
6. Cik Suziyani
7. Puan Rina
8. Cik Rosmawati
9. Encik Saiful Najib
10. Encik Ahmad Shahran
11. Cik Siti Khadijah
12. Encik Mat Yushafizee
13. En Ahmad Izzat
14. Encik Hafizudin
15. Encik Khairul Izham
16. Encik Taib
17. Puan Nuraiza
18. Puan Afiza Nur
19. Encik Fadhli
20. Encik Wan Ahmad Khushairi




Sekian, terima kasih dan mohon maaf di atas maklumna yang lambat.


Siti Aishah

Jualan Komponen Elektronik

Assalamualaikum,
Saya bagi pihak kelab robotik ingin memaklumkan bahawa pihak kelab akan mengadakan jualan komponen elektronik pada ketetapan berikut:

Tarikh: 26-26Jan 2014(Ahad dan isnin)
Tempat: dataran sura, uitm dungun.
Masa:9pg-5ptg

Justeru, saya mohon jasa baik tuan-tuan/puan-puan utk turut mewar-warkan kepada para pelajar.
Semoga usaha yg sedikit ini dapat membantu para pelajar FYP kita khususnya dalam menyiapkan projek masing-masing.

p/s tempahan komponen juga akan dipertimbangkan.


"Engineering is the art of making what you want from things you can get"-Jerry Avins

Thanks and Regards,

Mohamad Taib bin Miskon

AGM EESA 2014

Assalamu'alaikum..

Disini saya ingin menjemput semua rakan2 ke Annual Grand Meeting (AGM) EESA. Maklumat berkenaan AGM adalah seperti berikut:

Tarikh: 27/1/2014 (Isnin)
Masa: 8mlm
Lokasi: Dewan Aspirasi

Jadi diminta kerjasama pada semua rakan2 membantu dalam mewar2kan kepada pelajar. 

Kehadiran pensyarah/staf akan diambil. 

wallahu'alam.



"Scientists investigate that which already is; engineers create that which has never been"

Fadhli Dzul Hilmi Bin Mohd Fauzi

Family Day Staf Fke 2014

Assalamu'alaikum..

Dimaklumkan kepada semua, KeKASF (biro family day) akan menganjurkan program jalinan ukhuwah cuti semester ini. 
Setelah dibincangkan butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 29-31/5/2014 (3hari 2malam)
Lokasi: Pulau Perhentian, Terengganu
Pakej: Fullboard

Penyertaan dibuka sekarang. Jadi sesiapa yang ingin menyertai program diatas boleh reply email ini atau inform kepada AJK program seperti yang dilampirkan. Yuran penyertaan mengikut kelulusan peruntukan yang dipinta. 

Wallahu'alam



"Scientists investigate that which already is; engineers create that which has never been"

Fadhli Dzul Hilmi Bin Mohd Fauzi

Tuesday 7 January 2014

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN (FINAL YEAR PROJECT 2)

Assalamualaikum....
Perhatian kepada semua pelajar FYP2:

Bengkel akan membincangkan:
1. how to read datasheet
2. how to troubleshoot circuit
3. how to write technical paper

Wajib datang kebengkel yang akan dianjurkan pada hujung minggu ini. keterangan lanjut mengenai bengkel tersebut seperti di bawah.



NAMA PROGRAM: BENGKEL PENAMBAHBAIKAN (FINAL YEAR PROJECT 2) UNTUK SEMESTER 6
TARIKH : 11 JAN 2014 (SABTU)
MASA : 8AM - 5PM
TEMPAT : DEWAN ANGGERIK DAN DEWAN BAKAWALI.

NOTE: KEDATANGAN ADALAH DIWAJIBKAN.

tentative program adalah seperti dalam lampiran
Image


Miss Nurhafizzah

Line Following Robot Competition

Assalamualaikum.(english day)
Dear all,
Please be informed that there will be an internal line following robot competition organized by our robotic club this saturday 8-5pm at dewan jasmin.
All lecturers are invited to attend and your attendance will be recorded as part of your involvement in students activities.

FYI, most of the participants will be using Arduino as their main controller and hopefully those who have some arduino experience might
want to see how they do it. (you can also help them to solve their problem during the day)

And if you have your own robot and want to give them a challange, come and join us!
=)


"Engineering is the art of making what you want from things you can get"-Jerry Avins

Thanks and Regards,

Mohamad Taib bin Miskon

Wednesday 1 January 2014

Vetting March 2014

Assalamualaikum

PERINGATAN MESRA kepada yang terlibat:
 Dimaklumkan bahawa BENGKEL PEMURNIAN SOALAN AKHIR DISEMBER 2013 - MAC 2014 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tempat :  Dewan Jasmin
            Tarikh   : 1 Januari 2014  (RABU)

            Masa    : 8.00 Pagi - 5.00 Petang

Puan Sha