Sunday, 21 August 2016

My Tests

For Tests schedule, Please Click below:

MyTest

Mesyuarat FYP2

Assalamualaikum, Mohon jasa baik tuan-puan untuk menghadiri satu taklimat ringkas mengenai pembahagian tugas sempena program FYP2 : ELECTRICAL ENGINEERING, INNOVATION EXHIBITION AND COMPETITION 2016 (EEIEC) yang akan diadakan pada : Tarikh : 18/8/2016 Hari : Khamis Masa : 2.00-3.30 petang Tempat : Pusat Pengajian Siswazah (PPS) Seperti yang kita sedia maklum, program FYP2 akan diadakan pada 5 - 6 September 2016. Oleh itu, disini saya sertakan senarai AJK yang terlibat sepanjang program tersebut diadakan. Kehadiran tuan-puan amatlah dihargai. Diminta ketua kumpulan untuk menghantar wakil sekiranya tidak dapat menghadiri taklimat tersebut. Terima kasih.

KOLOKIUM FKE (SIRI II)

Assalamulaikum wrt Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan, KOLOKIUM FKE (SIRI II) 8 Ogos 2016 Isnin Dewan Jasmin, UiTM Terengganu 2.30 - 4.30 petang Tentatif program 2.30 petang : Pembentang 1: Muhd Azri Bin Abdul Razak 3.00 petang : Pembentang 2: Ermeey Bin Abd Kadir 3.30 petang : Pembentang 3: Baktiar Bin Musa 4.00 petang : Pembentang 4: Nur Idawati Binti Md Enzai Semua staf akademik FKE dijemput hadir. Sekian, terima kasih. Rosmawati Shafie AJK UPnK FKE

Pembentangan projek FYP2

Assalamualaikum, 1. Memohon jasa baik rakan pensyarah untuk memberi peringatan kepada pelajar seliaan FYP2 (EEE368) masing-masing mengenai pembentangan projek FYP2 yang akan diadakan dalam masa terdekat. Sila rujuk lampiran seperti di bawah. Pembentangan projek FYP2 bersama panel akan diadakan pada: Tarikh: 14/8/2016- 18/8/2016 Masa : 8.00-10.00 malam Tempat: Seperti lampiran 2. Jika terdapat sebarang perubahan pada tajuk FYP2 diminta untuk emel kepada saya tajuk yang terkini. 3. Sebarang maklumat tambahan akan dimaklumkan dalam eee368 wordpress. Diminta penyelia FYP untuk memaklumkan kepada pelajar mengenai website tersebut. Terima kasih

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri FKE 2016 & Farewell Party

Assalamualaikum WBT... Sukacita saya maklumkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri FKE 2016 & Farewell Party utk Pn Fatiah dan Pn Dalila akan diadakan seperti berikut:- Tarikh : 25 Julai 2016 Hari : Isnin Masa : 12 Tghari - 3.30 Ptg (acara tapau bermula pukul 3.30 ptg) Tempat : Makmal Cisco Block 14 #Semua staf FKE dijemput hadir. # Pelajar LI FKE dijemput hadir. MENU yang ditaja oleh KEKAFs Main course * Nasi Beriani & Nasi Putih * Ayam masak merah * Gulai daging * Dalca * Sambal * Tembikai * Sate * Nasi impit * Lemang (Insha Allah) * Bubur kacang hitam Drink * Air buah * AIr kopi 0 panas * Air masak Dessert (SR cake) * Brownies walnut * Indulgence * Red velvet * Choc cheese berries ## Portluck amat dialu2kan..

Latihan Wiring

Assalamualaikum, Makmal Pendawaian FKE (Karah) telah diimproved oleh UPFM Team, oleh itu sesi latihan bagi penggunaan makmal tersebut akan diadakan sebelum pelajar2 part 1 memulakan lab wiring... Tarikh: Bermula 18hb Jun 2016 (Setiap ptg isnin smpi expert) Masa: 230 ptg~ Tempat: Makmal Wiring Karah Ahli wajib: Semua Pensyarah yang mengajar Electrotech (EEE111) Fasilitator: En Yusof, En Shahran, En Mat, En Nasran PJ bertugas: En Azmi Mohon En Yusof untuk mengambil kehadiran.... tq hafiz

Pendaftaran FYP2

Assalamualaikum, Diminta semua penyelia FYP2 (EEE368) untuk memeriksa nama-nama pelajar di bawah seliaan masing-masing supaya mendaftar mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Diharap semua penyelia FYP2 dapat mengingatkan pelajar yang masih belum mendaftar mengikut kumpulan supaya berbuat demikian selewat-lewatnya pada 26/6/2016 (Ahad). Berikut disertakan: 1. nama penyelia mengikut kumpulan 2. senarai kedatangan pelajar yang telah mendaftar mengikut kumpulan Sekian, terima kasih

Mesyuarat Akademik

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tuan/Puan Dimaklumkan bahawa tuan/puan diminta hadir ke Mesyuarat Akademik seperti ketetapan berikut: Tarikh : 26 Jun 2016 (Ahad) Masa : 9.30 pagi (Sistem perakam waktu kedatangan dibuka mulai jam 9.00 pagi dan akan ditutup apabila mesyuarat bermula) Tempat : Dewan Kuliah A dan B Pensyarah Kampus Kuala Terengganu tidak perlu hadir kerana siaran lintas langsunga akan diadakan. Kedatangan tuan/puan adalah diwajibkan, kecuali pensyarah yang terlibat dalam pengawasan peperiksaan. Kuliah mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari adalah ditangguhkan. Sekian, terima kasih.

Taklimat FYP2

Assalamualaikum, Mohon jasa baik semua Penyelia FYP2 untuk memberi peringatan kepada pelajar-pelajar di bawah seliaan tuan puan untuk menghadiri taklimat mengenai FYP2 pada : Tarikh : 20/6/2016 (Isnin) Tempat : Dewan Aspirasi Masa : 2.00- 4.30 petang Kehadiran pelajar adalah diwajibkan. Terima kasih. Nur Syahirah Kamarozaman

Meeting Fakulti Jun 2016

Assalamualaikum, Meeting Fakulti akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 13/06/2016 (isnin) Masa: 2:00 pm Tempat: BMU Semua staf FKE diwajibkan hadir... tq hafiz

Pre Vett 2016

Assalamualaikum, Dilampirkan senarai vetters bagi untuk prevett esok. Ingin dimaklumkan segala urusan pre-vett hendaklah dibuat di ME13A5 bagi tujuan Ketua Unit Exam,Pn Sha memastikan segala dokumen hardcopy lengkap dan juga bagi tujuan kerahsiaan. Aturcara spt berikut: 16-18 Mei 2016: 9:30 - 12:00 tgh hari Serah terima / prevet 12:00 - 2:00 ptg Rehat 2:00 - 5:00 ptg Serah terima / prevet Printer disediakan bagi tujuan percetakan. Urusetia: Pn Nik Nur Shaadah Ketua Unit Exam En Shaiful Bakhtiar Ketua Bidang Elektronik En Mohamad Yusof Ketua Bidang Komunikasi En Mohd Amir Hamzah Ketua Bidang Komputer En Abdul Hafiz Ketua Bidang Sistem En Raja Ketua Bidang Kuasa Urusetia hendaklah memastikan semua kod telah melalui proses pre-vett sebelum masuk vetting next week.. TQ HASRUL HAFIZ

Pelajar baru FKE Jun 2016

Assalamualaikum, Alhamdulillah sehingga ke hari ini seramai 360 orang pelajar baru sem 1 telah mendaftar untuk EE110, EE111 dan EE112. Dilampirkan senarai kump lengkap pelajar mengikut program beserta dengan PA masing2. Sila semak pelajar masing2....Sesi perjumpaan PA dan pelajar baru sem 1 akan dikendalikan oleh UHeP (En Mohd Aldrin dan committee)... tq hafiz