Tuesday 23 May 2017

Aktiviti

Assalamualaikum wbt

Mohon maklum, satu jawatankuasa FKE baru telah ditubuhkan, yang terdiri dari kesemua Penolong Pensyarah bagi menyimpan rekod
semua aktiviti pelajar dan staf berkuatkuasa 1 Januari 2017 - 31 Disember 2018.
Dengan ini, dipohon kepada semua staf yang memohon sebarang aktiviti fakulti (samaada aktiviti bersama pelajar atau staf shj)
untuk membuat satu salinan KERTAS KERJA YANG TELAH DILULUSKAN dan diserahkan kepada Penolong Pensyarah untuk
direkodkan, bermula 1 Januari 2017.

Rekod aktiviti pelajar
AJK:
1. Pn Siti Khadijah Binti Hassan
2. Pn Roszitaida Binti Adzemin

Aktiviti pelajar
1. P & P (pengajaran dan pembelajaran) - contoh: clinic day, module/bengkel berasaskan P&P, aktiviti fyp, etc.
2. Aktiviti dibawah kelab EESA - contoh: jualan, sukaneka, mesyuarat etc
3. Aktiviti Pemantapan - contoh: perjumpaan bersama PA, zero to hero, etc
4. Pencapaian pelajar (sijil atau surat penghargaan)
           - Ilmiah / Akademik - contoh: debat, robotic, exhibition etc
           - bukan ilmiah / bukan akademik - contoh: pencapaian sukan, liga, juara, naib juara, saguhati etc
5. Kepimpinan - contoh: aktiviti bawah hep/ukp, module ukp, perlantikan jawatan mpp etc.

# mohon kerjasama PA-PA untuk sama-sama menyalurkan maklumat aktiviti/pencapaian pelajar seliaan masing-masing.

Rekod aktiviti Staf (Pensyarah, PP & PJ)
AJK
1. En Mat Yushafizee Bin Mat Yunus
2. En Nasran Bin Abd Rashid

Aktiviti Staf
1. Penyelidikan & Penerbitan - contoh: jurnal, konferensi, kertas kelulusan geran etc
2. P & P - contoh: bengkel/ module bersama staf shj, mesyuarat, e-content, mooc etc. (kertas kerja lulus)
3. Kepakaran - contoh: surat jemputan penceramah, fasilitator, penilai, pemeriksa (dalaman atau luaran) etc. (surat lantikan atau sijil)
4. Kepimpinan - contoh: surat lantikan jawatan/penjawatan (dalaman atau luaran) etc (surat lantikan)
5. Pencapaian - contoh: pertandingan/inovasi, anugerah inovasi, anugerah lain-lain atau etc (sijil atau surat)
6. Kelab FKE - aktiviti dibawah kelab FKE. contoh: sukan/rekreasi, kebajikan etc. (kertas kerja lulus)

Diharapkan kerjasama dari semua staf untuk sama-sama bekerjasama menjayakan aktiviti penyimpanan rekod fakulti ini.

Sekian. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment