Tuan/Puan,
Dijemput semua warga FKE (Pensyarah/Pembantu
Pensyarah/Juruteknik/Pegawai Sains) untuk menghadiri program Jalinan Ukhwah
Antara Pelajar Bersama Penasihat Akademik dan Staf FKE seperti maklumat di
bawah:
Tarikh : 9 Disember 2013
Hari : Isnin
Masa : 8 pagi - 2.00 petang
Tempat : Dewan Aspirasi
Antara agenda program ini adalah untuk:
- Memperkenalkan dan mengeratkan silaturrahim
antara staf FKE dengan semua pelajar FKE
- Menyelesaikan permasalahan pelajar seperti
masalah pendaftaran, yuran dsb
- Memberi motivasi kepada pelajar
masing-masing
- Memberi ingatan mengenai sahsiah rupadiri
seorang pelajar
- Menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada
pelajar seperti maklumat berkenaan penutupan short course dsb
Sehubungan dengan itu, semua PA dinasihatkan
supaya mencetak maklumat akademik pelajar masing-masing seperti CGPA atau
sebarang maklumat berkaitan bagi melancarkan aktiviti yang dijalankan. Boleh
juga membawa laptop masing-masing sekiranya perlu.
Maklumat di bawah adalah berkenaan dengan
perjalanan program:
8.00 - 8.30 Sarapan pagi
8.30 - 8.45 Pendaftaran pelajar bersama PA
masing-masing
8.45 - 10.00 Ucapan alu-aluan dari KF, KPP
Pemakluman aktiviti kelab KEKASF oleh Pengerusi
kelab, Puan Siti Aishah
10.00 - 10.30 Tayangan montaj oleh Encik Shahran
10.30 - 1.00 Aktiviti bersama PA
1.00 tgh hari Makan tengah hari
** Memandangkan jumlah pelajar yang ramai (1000
lebih pelajar), oleh itu untuk sarapan dan makan tengah hari, mohon setiap PA
handle pengagihan makanan kepada pelajar masing-masing.
Mohon kerjasama semua sahabat untuk mengwar-warkan
mengenai program ini kepada pelajar semasa kelas dijalankan. Bagi kuliah yang
terpaksa ditangguhkan semasa program ini berlangsung, bolehlah diingatkan kepada
pelajar bahawa kedatangan ke kuliah akan dikira tidak hadir sekiranya mereka
tidak hadir ke program ini.
Merit akan disediakan untuk pelajar yang
hadir.
Sokongan dan kerjasama yang bakal diberikan didahulukan dengan ucapan terima kasih...
Mdm Afiza
Sekian, terima kasih.
AJK Pengisian Program
Sekian, terima kasih.
AJK Pengisian Program