Monday, 25 November 2013

program Jalinan Ukhwah Antara Pelajar Bersama Penasihat Akademik dan Staf FKE

Assalamualaikum...

Tuan/Puan,

Dijemput semua warga FKE (Pensyarah/Pembantu Pensyarah/Juruteknik/Pegawai Sains) untuk menghadiri program Jalinan Ukhwah Antara Pelajar Bersama Penasihat Akademik dan Staf FKE seperti maklumat di bawah:

Tarikh : 9 Disember 2013
Hari : Isnin
Masa : 8 pagi - 2.00 petang
Tempat : Dewan Aspirasi
Antara agenda program ini adalah untuk:
- Memperkenalkan dan mengeratkan silaturrahim antara staf FKE dengan semua pelajar FKE
- Menyelesaikan permasalahan pelajar seperti masalah pendaftaran, yuran dsb
- Memberi motivasi kepada pelajar masing-masing
- Memberi ingatan mengenai sahsiah rupadiri seorang pelajar
- Menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada pelajar seperti maklumat berkenaan penutupan short course dsb

Sehubungan dengan itu, semua PA dinasihatkan supaya mencetak maklumat akademik pelajar masing-masing seperti CGPA atau sebarang maklumat berkaitan bagi melancarkan aktiviti yang dijalankan. Boleh juga membawa laptop masing-masing sekiranya perlu.
Maklumat di bawah adalah berkenaan dengan perjalanan program:

8.00 - 8.30 Sarapan pagi 
8.30 - 8.45 Pendaftaran pelajar bersama PA masing-masing
8.45 - 10.00 Ucapan alu-aluan dari KF, KPP
Pemakluman aktiviti kelab KEKASF oleh Pengerusi kelab, Puan Siti Aishah
10.00 - 10.30 Tayangan montaj oleh Encik Shahran
10.30 - 1.00 Aktiviti bersama PA
1.00 tgh hari Makan tengah hari

** Memandangkan jumlah pelajar yang ramai (1000 lebih pelajar), oleh itu untuk sarapan dan makan tengah hari, mohon setiap PA handle pengagihan makanan kepada pelajar masing-masing.

Mohon kerjasama semua sahabat untuk mengwar-warkan mengenai program ini kepada pelajar semasa kelas dijalankan. Bagi kuliah yang terpaksa ditangguhkan semasa program ini berlangsung, bolehlah diingatkan kepada pelajar bahawa kedatangan ke kuliah akan dikira tidak hadir sekiranya mereka tidak hadir ke program ini.
Merit akan disediakan untuk pelajar yang hadir.

Sokongan dan kerjasama yang bakal diberikan didahulukan dengan ucapan terima kasih...


Mdm Afiza
Sekian, terima kasih.
AJK Pengisian Program

No comments:

Post a Comment