Tuesday 28 January 2014

Bengkel Penyelidikan Siri 1, FKE

Assalamualaikum.

Makluman awal kepada semua pensyarah FKE, Jawatankuasa Unit Penyelidikan dan Kepakaran FKE, UiTM Terengganu, akan mengadakan Bengkel Penyelidikan Siri 1 bagi membantu semua pensyarah FKE untuk memohon geran penyelidikan bermula tahun 2014 seperti maklumat di bawah:

Bengkel Penyelidikan Siri 1 (Taklimat Geran & Penghasilan Kertas Cadangan Penyelidikan)
          Tarikh: 8 Febuari 2014 (Sabtu)
          Masa: 8.00-5.00 petang
          Pengisian: Taklimat dan pilihan jenis geran, panduan serta format kertas cadangan, penghasilan kertas cadangan penyelidikan dan 
                           pengetahuan umum berkenaan geran-geran yang ditawarkan
          Penceramah: Dr. Norazamina & Dr. Mohd. Zamri Jusoh


Tahniah diucapkan kerana anda telah dipilih untuk menyertai Bengkel Siri 1 ini. Untuk makluman, kehadiran dalam Bengkel Penyelidikan Siri 1 ini adalah diwajibkan kepada semua peserta yang terpilih.

InsyaAllah Bengkel Penyelidikan Siri 2 akan menyusul bagi tujuan Pemurnian Kertas Cadangan Penyelidikan yang dihasilkan dan pihak jawatankuasa akan menjemput tenaga pakar dari FKE, UiTM Shah Alam. 

Untuk persediaan awal sebelum bengkel, adalah lebih baik sekiranya sahabat-sahabat FKE yang terpilih dan merancang untuk memohon geran-geran penyelidikan agar dapat menyediakan draf pertama kertas cadangan penyelidiakan lebih awal mengikut minat dan kecenderungan masing-masing. Boleh juga membuat perbincangan dalam kumpulan sekiranya sudah ada kumpulan penyelidikan yang dibentuk. Pihak jawatankuasa juga memohon agar kumpulan SIG FKE yang berdaftar di bawah RMU yang tidak mempunyai sebarang geran (FRGS, ERGS, RAGS etc) untuk menyediakan satu cadangan kertas proposal penyelidikan.


Disertakan kumpulan SIG berdaftar FKE di bawah RMU.

Cik Baiti

No comments:

Post a Comment