Tuesday, 30 June 2015

Iftar Kelab Akademik

Assalamualaikum..wrh wbr..

Ramadhan Kariim  ( Setiap Nafas Kebaikan Kita di Ramadhan Ini Nilainya Ibadah)

Maafkan saya kerna mengganggu masa emas ibadah semua tetamu Ramadhan..

Untuk makluman semua pensyarah ..

Kelab Akademik dengan Kolaborasi ACIS (Pusat Hidayah) akan melaksanakan satu kerja amal sempena Ramadhan iaitu..

1- Menaja (MEMASAK) Makanan Berbuka Puasa untuk Mahasiswa  dan

Majlis Berbuka Puasa Pensyarah dan Keluarga

2- Tarikh : 20 Ramadhan 1436 h bersamaan 7hb Julai 2015

3- Hari : Selasa

4- Tempat : Dataran Daei

5- Waktu : 8.00 am - 2.00 pm ( memasak )

4.00 pm - mengagih makanan

7.00 pm - persediaan dan berbuka

8.30 pm - solat Isya' dan Tarawih dan Witir berjamaah

9.30 pm - operasi membersihkan peralatan memasak

6- Jangkaan Makanan :   800 pax - pelajar dan pensyarah     X   RM 5.50 /pax

Operasi memasak , mengagih dan mengemas ini akan diketuai oleh

Hjh Kak Su , Hj Ust Aziz , YM Kak Woh , Pegawai2 Pusat Hidayah dan Grup Bekwoh UiTMT ( beberapa pensyarah dan staff bukan akademik) .

Bendahari bagi projek ini ialah : Pn Kartini Mat Rashid (FPP)

Walaupun nampak mahal dan exclusive,  saya percaya Majlis Berbuka Puasa ini akan dapat dijayakan dengan cemerlang apabila ;

SEMUA PARA PENSYARAH MENYUMBANG DALAM BERBAGAI BENTUK  DENGAN RELAHATI  untuk program ini..

Oleh itu sebagai wakil kepada kelab akademik kami menjemput Prof / Prof Madya / Dr / Tuan/Puan,  sahabat dan rakan taulan

menjayakan program dengan ;

1- Para pensyarah semua menyertai MAJLIS BERBUKA (SILA NYATAKAN "INGIN HADIR" KEPADA KELAB AKADEMIK)

con :



2- Kita semua membantu program memasak, mengagih dan mengemas ini dari mula sampai akhir


3- Para pensyarah semua menyumbangkan Dana Kewangan bagi mencukupkan RM yang diperlukan oleh Program Tajaan ini.

4- Semua sumbangan kewangan RM boleh dimajukan kepada ;

Hjh Kak Suhana
Ust Hj Wahairi
Pn Nazatul Azleen
Mdm Wan Maziah
En Moktar
En Fadhli Zulhilmi
En Mohd Muneer
atau mana2 AJK Kelab Akademik

5- Semoga sumbangan tuan puan menepati apa yang disebut oleh Allah dan RasulNYA..

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Perumpamaan orang2 yang berinfaq di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai. Dan setiap satu tangkai itu pula
mempunyai seratus biji . Dan hanya Allah jualah yang akan menggandakan pahala kepada sesiapa yang DIA kehendaki.

Sabda RasululLah SAW yang bermaksud :

Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa , Allah pasti akan memberikan pahala kepada nya seperti
orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangkan sedikit pahala puasa nya..


TERIMAKASIH DAUN KELADI...
kalau bulih nat nat tahun nok buat lagu nii...

jazakumulLah

_UO_.. Wakil Kelab Akademik

No comments:

Post a Comment