Monday, 25 January 2016

Majlis Anugerah Kesarjanaan (MAK)

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan/Cik Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM (Terengganu) akan mengadakan Majlis Anugerah Kesarjanaan (MAK) bagi menghargai usaha dan kesungguhan para pensyarah dalam penyelidikan dan penulisan serta inovasi bagi tempoh lima (5) tahun yang lalu (2011-2015). Anugerah-anugerah ini meliputi beberapa kategori seperti berikut: FAKULTI / AKADEMI 1. Anugerah Sarjana Ulung - penyelidikan dan penulisan aktif bagi pensyarah yang telah berkhidmat selama 10 tahun ke atas 2. Anugerah Sarjana Dinamik - penyelidikan dan penulisan aktif bagi pensyarah yang telah berkhidmat selama 5 - 9 tahun 3. Anugerah Sarjana Harapan - penyelidikan dan penulisan aktif bagi pensyarah yang telah berkhidmat kurang daripada 5 tahun KESELURUHAN - dipilih daripada penerima-penerima anugerah bagi setiap Fakulti 1. Anugerah Keseluruhan Sarjana Ulung 2. Anugerah Keseluruhan Sarjana Dinamik 3. Anugerah Keseluruhan Sarjana Harapan ANUGERAH KHAS 1. Anugerah Penyelidik Paling Aktif 2. Anugerah Rekacipta dan Inovasi 3. Anugerah Penerbitan Terbanyak SYARAT KELAYAKAN CALON Berjawatan tetap/kontrak Pensyarah daripada Kampus Dungun, Kuala Terengganu dan Bukit Besi Pensyarah boleh mencalonkan diri sendiri atau dicalonkan oleh KPP/KF. Oleh itu, semua pensyarah yang berkelayakan bolehlah memohon sebagai calon-calon penerima anugerah di atas dengan mengisi template borang yang disertakan. Borang penyertaan yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan disertakan bersama dokumen sokongan hendaklah dihantar dan ke Pejabat Pengajian Siswazah di Blok 8A. Tarikh tutup penyertaan adalah 28 Januari 2016. Majlis penganugerahan ini akan berlangsung pada bulan Februari 2016. Sebarang pertanyaan bolehlah dimajukan kepada Prof. Madya Norudin Mansor di talian 013-9231060/ ext. 1773 atau Prof. Madya Dr. Azman Che Mat di talian 013-9818980/ext. 1787. Sama-samalah kita meningkatkan kualiti penyelidikan dan penulisan serta sekaligus meningkatkan kesarjanaan UiTM (T) ke peringkat yang lebih tinggi. Sekian, terima kasih.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437H peringkat UiTM (Terengganu)

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437H peringkat UiTM (Terengganu) akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 26 Januari 2016 (Selasa) Masa : 7.00 pagi Tempat berkumpul : Stadium Gemilang, UiTMT Untuk sesi perarakan pada kali ini, Kelab Akademik akan bergabung dengan staf Bahagian HEA di bawah satu kumpulan perarakan. Berikut disertakan beberapa perkara yang telah dipersetujui: 1. Pakaian wanita : Jubah hitam & tudung berwarna oren 2. Pakaian lelaki : Baju kemeja berlengan panjang warna putih, seluar slack hitam dan bersongkok hitam (riben oren akan disediakan untuk dililit pada songkok). 3. Ketua kontinjen: Ustaz Shikri Dengan ini, Kelab Akademik mengalu-alukan penglibatan SEMUA PENSYARAH untuk turut serta dalam perarakan ini. Besarlah harapan kami juga untuk melihat ramai pensyarah yang akan turut serta pada perarakan tersebut dan mencapai jumlah yang amat membanggakan pada tahun ini. Marilah kita semua hadir beramai-ramai dan memeriahkan sambutan Hari Kelahiran Pemimpin Teragung dan kekasih Allah ini. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. "PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA" Sekian. terima kasih. Harap maklum.

Monday, 11 January 2016

PROGRAM ANNUAL GENERAL MEETING EESA.

PENSYARAH, FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA TERENGGANU, (KAMPUS DUNGUN) Tuan/Puan/Cik/Saudara/Saudari, JEMPUTAN KE PROGRAM ANNUAL GENERAL MEETING EESA. Merujuk kepada perkara di atas, saya menjemput pihak tuan untuk menghadiri majlis tersebut bagi memeriahkan lagi program kami. 2. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai program tersebut. Tarikh : 14 Disember 2015 Masa : 8.30 – 11.00 malam Tempat : Dewan Bakawali 3. Justeru, kehadiran tuan/puan amatlah kami harapkan. Kerjasama daripada pihak tuan/puan untuk menghadiri majlis tersebut kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. ”MEMARTABATKAN BANGSA DENGAN BAHASA” Sekian.

Taklimat Transformasi UiTM dan Hari Anugerah S&T.

Assalamualaikum w.r.t w.b.t Sukacitanya kami menjemput semua warga pensyarah Gugusan Sains dan Teknologi UiTM Terengganu ke program Taklimat Transformasi UiTM dan Hari Anugerah S&T. Semua warga pensyarah FKE, FSKM, FKK, FKM dan FSG di WAJIBkan hadir. Berikut adalah maklumat berkenaan program tersebut. Tarikh: 21 Dis 2015 (isnin) Tempat : Dewan Cemara, UiTM Terengganu kampus Dungun Waktu : 9:00 pagi- 01:00 Tengahari Sekian Terima kasih. Science is Knowing, Engineering is Doing ,[H.P] & Technology is Applying Dr. Mohd Zamri bin Jusoh

PLC TRAINING WORKSHOP

Assalamualaikum Tuan/Puan yang dihormati Adalah dimaklumkan bahawa FKE (POWER) akan mengadakan PLC TRAINING WORKSHOP pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut : Tarikh : 15 Disember 2015 (Selasa) iaitu esok Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 Ptg Lokasi : LAB 13A5 Peyampai : Subur Technology PLC Pensyarah,Penolong Pensyarah dan Penolong Jurutera di bawah bidang kuasa diwajibkan hadir bagi memenuhi keperluan program untuk bidang power.Senarai peserta adalah seperti berikut: RAJA MOHD NOORHAFIZI B RAJA DAUD AHMAD IZZAT BIN MOD ARIFIN HASRUL HAFIZ BIN ABU BAKAR MOHD ALDRIN BIN ALI WAN AHMAD KHUSAIRI BIN WAN CHEK MOHD SAIFUL NAJIB BIN ISMAIL @ MARZUKI ROSHEILA DARUS (DR) (Keperluan subjek) MOHAMAD TAIB BIN MISKON (keperluan subjek) MAT YUSHAFIZEE BIN MAT YUNUS NASRAN BIN ABD RASHID Pensyarah lain yang tiada kuliah ataupun kelapangan masa pada hari selasa 15 Disember dijemput hadir ke program tersebut. Kerjasama tuan/puan menjayakan program ini amat dihargai dan disanjung tinggi.

Pemurnian kurikulum EE114

Assalammualaikum wbt. Sukacita dimaklumkan kepada AJK UPPB EE114, anda dijemput hadir ke sesi permurnian dokumen sepertimana maklumat berikut: Tarikh:30/12/2015 (Rabu) Masa: 9.30 am -12.30 pm Tempat: MK14A2 Agenda: Pemurnian kurikulum EE114 AJK terlibat: AJK Kurikulum EE114 Tarikh:31/12/2015 (Khamis) Masa: 9.30 am -12.30 pm Tempat: MK14A2 Agenda:Pemurnian dokumen MQA EE114 AJK terlibat: AJK Dokumen MQA EE114 Thank you. Best Regards, Siti Sara Binti Rais Lecturer Faculty of Electrical Engineering (Computer Engineering) Office : 09-8403973 / ext 1973 Mobile : 01110900851 Whatsapp : 0137794249 email/chat : issaraacik@gmail.com

PAKAR 2015

Assalamualaikum, Sesi pemurnian PAKAR FKE akan diadakan pada : Tarikh: 6/1/2016 dan 13/1/2016 (Rabu) Masa: 2.00 - 5.00 petang Tempat: MK6B2 Agenda: Pemurnian PAKAR FKE Kehadiran adalah diwajibkan bagi melancarkan proses keseluruhan laporan Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai. Terima kasih syahirah

Program Baru EE114

Assalamualaikum, Satu perbincangan mengenai kurikulum baru EE114 akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 14 Jan 2016 (khamis) Masa : 2 pm~ Tempat : akan dimaklumkan oleh UPPB Ahli WAJIB hadir: 1. Shahran - EIE114 2. Nuraiza - Ketua Part 2 3. Rina - Ketua Part 3 4. Sara - Ketua Part 4/MicroP 5. Amir - Ketua part 5 6. Nazuha - Control 7. Aishah - FYP2 8. Hafiz K - IM 9. Fadhli - Network 10. Taib 11. Yusof 12. Dr Zulzilawati 13. Aldrin Semua penama di atas diWAJIBkan hadir melainkan yang ada kelas. tq hafiz

PAKAR 2015

Assalamualaikum, Peringatan mesra. Pemurnian PAKAR FKE pada hari ini dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Pemurnian PAKAR akan diadakan pada esok hari (11/1/2016). Butiran adalah seperti berikut: Tarikh: 11/1/2016 Masa : 2.00-5.00 petang Tempat : MK3A4 Pemurnian PAKAR seterusnya akan diadakan pada tarikh berikut: Tarikh: 13/1/2016 Masa : 2.00-5.00 petang Tempat: MK6B2 Terima kasih Syahirah

PAKAR 2015

Assalamualaikum, Peringatan mesra. Sesi pemurnian PAKAR FKE akan diadakan pada hari ini: Tarikh: 7/1/2016 (khamis) Masa: 1.45-3.30 petang Tempat: MK14A2 Agenda: Pemurnian PAKAR FKE Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai. Terima kasih syahirah