Monday, 25 January 2016

Majlis Anugerah Kesarjanaan (MAK)

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan/Cik Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM (Terengganu) akan mengadakan Majlis Anugerah Kesarjanaan (MAK) bagi menghargai usaha dan kesungguhan para pensyarah dalam penyelidikan dan penulisan serta inovasi bagi tempoh lima (5) tahun yang lalu (2011-2015). Anugerah-anugerah ini meliputi beberapa kategori seperti berikut: FAKULTI / AKADEMI 1. Anugerah Sarjana Ulung - penyelidikan dan penulisan aktif bagi pensyarah yang telah berkhidmat selama 10 tahun ke atas 2. Anugerah Sarjana Dinamik - penyelidikan dan penulisan aktif bagi pensyarah yang telah berkhidmat selama 5 - 9 tahun 3. Anugerah Sarjana Harapan - penyelidikan dan penulisan aktif bagi pensyarah yang telah berkhidmat kurang daripada 5 tahun KESELURUHAN - dipilih daripada penerima-penerima anugerah bagi setiap Fakulti 1. Anugerah Keseluruhan Sarjana Ulung 2. Anugerah Keseluruhan Sarjana Dinamik 3. Anugerah Keseluruhan Sarjana Harapan ANUGERAH KHAS 1. Anugerah Penyelidik Paling Aktif 2. Anugerah Rekacipta dan Inovasi 3. Anugerah Penerbitan Terbanyak SYARAT KELAYAKAN CALON Berjawatan tetap/kontrak Pensyarah daripada Kampus Dungun, Kuala Terengganu dan Bukit Besi Pensyarah boleh mencalonkan diri sendiri atau dicalonkan oleh KPP/KF. Oleh itu, semua pensyarah yang berkelayakan bolehlah memohon sebagai calon-calon penerima anugerah di atas dengan mengisi template borang yang disertakan. Borang penyertaan yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan disertakan bersama dokumen sokongan hendaklah dihantar dan ke Pejabat Pengajian Siswazah di Blok 8A. Tarikh tutup penyertaan adalah 28 Januari 2016. Majlis penganugerahan ini akan berlangsung pada bulan Februari 2016. Sebarang pertanyaan bolehlah dimajukan kepada Prof. Madya Norudin Mansor di talian 013-9231060/ ext. 1773 atau Prof. Madya Dr. Azman Che Mat di talian 013-9818980/ext. 1787. Sama-samalah kita meningkatkan kualiti penyelidikan dan penulisan serta sekaligus meningkatkan kesarjanaan UiTM (T) ke peringkat yang lebih tinggi. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment