Tuesday 10 May 2016

Pilihan Raya Kampus bagi pemilihan MPP

Assalamualaikum, Seperti yang kita sedia maklum Pilihan Raya Kampus bagi pemilihan MPP yang baru akan diadakan pada 15 Sept 2015 (Selasa) di Dewan Aspirasi bermula pada pukul 830 pg - 500 ptg. Pada pilihan raya yang lepas FKE telah mencatat peratusan keluar mengundi yang paling rendah (36%). Kesannya, kepada pelajar sendiri ramai yang gagal untuk mendapat kolej pada semester berikutnya, ramai juga yang gagal untuk mendapat stiker kenderaan serta di komplain dengan teruk oleh Pengurusan HEP di Facebook. Kepada pensyarah dan fakulti, HEP telah berulang kali menyatakan kegagalan pelajar FKE untuk keluar mengundi di setiap perjumpaan, mesyuarat dsb. Justeru, untuk memastikan perkara ini tidak berulang, PA akan memainkan peranan untuk membawa anak2 di bawah jagaan masing2 untuk pergi mengundi pada hari tersebut. PA perlu sentiasa mengingatkan anak masing2 untuk pergi mengundi dan memberitahu kesan2 sekiranya mereka gagal untuk berbuat demikian. Di samping itu, pensyarah/penolong pensyarah/staf juga yang ada kelas pada hari selasa nanti WAJIB untuk mengarahkan pelajar2 untuk pergi mengundi selepas waktu kuliah. Di harap dengan langkah ini, kita dapat meningkatkan peratusan keluar mengundi dan dapat membersihkan nama FKE di mata HEP...insyaAllah niat yang baik moga diberkati.. TQ hafiz

No comments:

Post a Comment