Assalamualaikum dan selamat berpuasa
Alhamdulillah Freescale cup 2013 telahpun melabuhkan tirainya hari ahad
yang lepas. sebanyak 36 team dari seluruh malaysia telah menyertai pertandingan
ini.
team dari UiTM terengganu tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam
pertandingan lumba kereta pintar yg berprestij ini.
UiTMT diwakili oleh 3 orang pelajar telah berjaya melayakkan diri ke
pusingan akhir dan berlumba bersama 22 peserta lain yang berjaya melepasi
qualification round(bakinya tak lepas).
walaupun belum menjadi juara, kita berjaya berada di ranking 15 teratas
dari semua pasukan, mengatasi team dari UTM, USM, UiTM Penang, dan universiti2
ternama yg lain.
keputusan :
1st : Swinburn
2nd : UMS
3rd : Monash
byk yang boleh dipelajari dari pertandingan2 spt ini. antaranya kepentingan
penggunaan close loop control system utk kawal speed dan navigasi kereta.
Apapun, explorasi ilmu tetap diteruskan. selepas ni insyaAllah boleh buat sys ID
utk kereta tu, dapatkan transfer function, apply PID control atau apa2 control
scheme yg bagus.
"Engineering is the art of making what you want from things you can
get"-Jerry Avins
Thanks and Regards,
Mohamad Taib bin Miskon