Tuesday 23 July 2013

EEE231 Clinic Day; pics and sharing notes

Assalamualaikum w.r.t w.b.t


Pada hari ini, Sabtu (20/07/13), kami telah menganjurkan satu program yang diberi nama sebagai 'EEE231 Clinic Day'. Program ini diwujudkan khas seminggu sebelum setiap kali ujian. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi ruang, masa dan kesempatan kepada pelajar-pelajar untuk mengulang kaji dan bertanya kepada pensyarah-pensyarah (real time), satu perkara yang lumrahnya hanya bersifat 'kadang-kadang' sewaktu di luar kuliah. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan, jelas digambarkan oleh mereka melalui riuh jawapan yang diberi, apabila diajukan soalan sama ada bolehkah program ini dianjurkan lagi sempena ujian pada masa yang akan datang. Secara tersiratnya, program ini dapat membentuk semangat belajar secara berkumpulan, setelah pensyarah-pensyarah EEE231 melantik beberapa ketua yang terdiri dari pelajar-pelajar yang cemerlang sepanjang masa kuliah, di mana mereka membantu mengajar rakan-rakan mereka selama 4 jam tadi di Dewan Jasmin. Akibat terlalu ramai, ada pelajar-pelajar menyusun kerusi dan meja di luar dewan untuk mengulangkaji, sambil menghirup udara yang segar. Pastinya program kali kedua nanti perlu menggunakan lokasi yang lebih luas untuk menampung seramai ratusan pelajar.

Untuk itu, saya sebagai LiC EEE231, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang hadir menabur bakti tadi,iaitu cik suziyani, cik suziana, puan rina, en. ammar dan en. saiful bahtiar. Jasa kalian hanya Allah s.w.t sahaja dapat membalasnya.


LIC
Sir Zamri Jusoh

No comments:

Post a Comment