Di sini
saya ingin berkongsi mengenai laman fb khas untuk EEE231 (UiTMT), yang digunakan
oleh kami pensyarah EEE231 untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar kami 24-7.
Gambar di atas adalah contoh keratan fb tersebut. Ianya sangat berguna dan
memudahkan urusan P&P NF2F, di mana kami boleh melayan pelajar-pelajar kami
dengan lebih fleksibel. Sebagai contohnya saya pernah berinteraksi dengan
pelajar sehingga selepas tengah malam untuk berbincang mengenai subjek. Pelajar
juga lebih senang untuk bertanya soalan, memandangkan mereka dilengkapi dengan
teknologi IT yang meluas masa kini.
Selain
itu, maklumat penting juga lebih mudah disalurkan kepada pelajar-pelajar, dan
tindak balas dari mereka juga boleh diperolehi dengan kadar yang segera. Sebagai
contohnya tindak balas positif dari pelajar berkenaan program yang telah
dilaksanakan siang tadi berjaya diperolehi untuk dijadikan panduan setakat mana
objektif program tadi telah berjaya dicapai.
Tambahan, hasil usaha ini adalah gabungan penat lelah dengan penuh keihklasan dari sahabat-sahabat seperjuangan saya yang turut mengajar subjek EEE231 semester ini.
Kudos to Suziyani,Suziana,Rina,Najib,Ammar,Huda dan Saiful Bahtiar.Teruskan perjuangan kalian.
Sekian. Terima
kasih.
Sir Zamri
No comments:
Post a Comment