Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan,
Dimaklumkan Amanat Rektor Tahun 2015 dan Pelancaran Sambutan 40 tahun UiTM Terengganu akan diadakan sebagaimana butiran berikut:
Tarikh : 26 Februari 2015 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Aspirasi, UiTM Terengganu.
Tentatif Program :
8.00 pagi : Ketibaan kakitangan UiTM (T)
Minum Pagi & Pendaftaran
9.00 pagi : Ketibaan YBhg. Prof. Madya Dr. Abdol Samad Nawi
Rektor UiTM (T)
Nyanyian Lagu Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM
Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran & Terjemahan
Perutusan Tahun Baharu Rektor UiTM (Terengganu)
Oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Abdol Samad Nawi
Majlis Pelancaran
· Laman Web Baharu UiTM (Terengganu)
· Logo Sambutan 40 Tahun UiTM (Terengganu)
12.00 tgh. : Bersurai
Sehubungan itu Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan dijemput hadir.
Kehadiran adalah dimestikan dan jam latihan akan diberikan.
Sila pastikan Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan membawa bersama kad staf untuk proses pendaftaran melalui sistem EASY ACCESS ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM (EAMS)
Masa "Check In" : 8.00 - 9.00 pagi
Masa "Check out" : Setelah tamat program
Mana-mana staf yang tidak sempurna kehadirannya tidak akan dimasukkan jam latihan.
Sila berurusan dengan pihak InfoTech sekiranya Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan masih belum mempunyai kad staf atau hilang, rosak dan sebagainya. Sila pastikan Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan sentiasa memakai kad staf masing-masing sepanjang berada di kampus.
Sekian, terima kasih.
Naziah Abd Razak
Pegawai Eksekutif Kanan
No comments:
Post a Comment