Wednesday, 20 May 2015

Bengkel CDIO : Kereta Pok Abu

assalamualaikum wbt

seperti yang sudah sedia maklum, bengkel HOATES CDIO dijualkan berlangsung pada 5 dan 6 mei 2015 di Dewan Jasmin.
bengkel ini dicadang untuk diadakan bagi membantu warga fke dalam membantu menambah baik kualiti projek akhir pelajar supaya sering dengan teknologi terkini.
antara objektif bengkel ini adalah 

1  Menambah pengetahuan pensyarah mengenai teknologi terkini dalam bidang kejuruteraan elektrik. 
2  Menambah kemahiran pensyarah dalam menyelia projek akhir pelajar 
3 Meningkatkan kualiti projek akhir pelajar bagi membolehkan projek akhir pelajar dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

untuk makluman semua, pembentukan kumpulan sudah pun bermula pada minggu lepas dan ketua-ketua kumpulan sudah pun dilantik.
tajuk projek dan tugsan yang dicadangkan sudahpun di muatnaik ke dalam blog fke http://fkeuitmt.blogspot.com dan status terkini boleh didapati di blog tersebut.

semua peserta-peserta program disarankan untuk sentiasa merujuk laman blog fke dari semasa ke semasa untuk maklumat terkini supaya tiada peserta/kumpulan yang tercicir. kesemua kumpulan adalah dimestikan untuk menyiapkan atau sudah membuat simulasi keatas litar projek masing masing sebelum bengkel bermula. adalah menjadi tanggungjawab ketu-ketua kumpulan untuk memastikan tugasan-tugasan dapat disiapkan dan diikuti berpandukan jadual yang sudah dimuat naik didalam laman blog fke.

seterusnya, saya ingin menyeru dan mengingatkan peserta-peserta supaya mengisi borang 'entrance survey' yang telah pun di muat naik ke dalam blog semalam. saya berharap sudilah kira semua peserta mengisi borang tersebut segera. saya juga berharap ketua ketua kumpulan agar dapat mengingatkan ahli-ahlinya untuk mengisi borang tersebut. tujuan 'survey' ini diadakan adalah untuk mengumpul data seperti yang kita praktiskan kepada pelajar-pelajar kita. tarikh akhir untuk mengisi borang ini akan di'update' didalam laman blog oleh ajk bengkel.

segala kerjasama dari semua peserta-peserta bengkel amatlah saya harapkan dan saya hargai

akhir kata, selamat belajar kepada kita semua

sekian
terima kasih


p/s: laman blog fke. tajuk perojek
http://fkeuitmt.blogspot.com/p/kereta-untuk-pak-abu.html

borang entrance survey boleh dilayari di sini

No comments:

Post a Comment