Tuesday 10 May 2016

bengkel "Upgrade FYP to Journal "

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah selesai sudah bengkel "Upgrade FYP to Journal " selama 2 hari pada 8 n 9 Mei 2016. Dengan itu, saya bagi pihak UPnK ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr.Sarifah Fauziah selaku penceramah pada hari pertama dan juga kepada En. Ermeey selaku fasilitator selama 1 hari setengah atas sumbangan ilmu yang telah dikongsi bersama. Semoga Allah swt shj. dapat membalasnya. Seterusnya, pihak UPnK ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta yang terlibat dalam bengkel tersebut. Sebanyak 11 Manuscript yang telah menunjukkan hasil yang baik, dengan menyiapkan body of manuscript. Semoga semua peserta terus menulis dan selamat maju jaya. (senarai manuscript seperti yang dilampirkan) Jangan lupa untuk menghantar Manuscript yang telah siap pada atau sebelum 9 Jun 2016. Akhir sekali, ingin kami pihak UPnK mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan makan pagi dan tengahari selama dua hari berturut-turut oleh beberapa orang sahabat FKE kita. Semoga bertambah murah rezeki hendaknya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang tidak saya sebutkan diatas. Juga maaf sekiranya ada kekurangan di pihak kami. Semoga FKE terus maju. terima kasih wassalam. p/s: berikut ialah panduan penghasilan jurnal fke mengikut tarikh. Perhatian, berikut adalah tarikh-tarikh berkenaan dengan penghantaran jurnal artikel. 1. Pensyarah kepada UPnK - 9 Jun 2016. 2. UPnK kepada Reviewer - 16 Jun 2016. 3.Reviewer kepada UPnK - 7 July 2016. 3. UPnK kepada ARPN Jurnal - 25 Ogos 2016.

No comments:

Post a Comment