Monday, 14 November 2016

JAMUAN LAKSA

Assalamua alaykum Wrh Wbr dan Salam Sejahtera

Daripada BANGKIT
Untuk SEMUA WARGA


Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, satu kertas kerja telah dihantar untuk kelulusan Tuan Rektor bagi menjalankan PROGRAM LAKSA MERDEKA seperti butiran berikut:

       Program:        LAKSA MERDEKA
       Tarikh:        29 Ogos 2016 (Isnin)
       Masa:        Gotong-royong memasak/menghidang         - 9.00 pagi
                       Jamuan bermula                                        - 12.15 tgh


Alhamdulillah, program yang bertujuan untuk menjamu seramai 800 org pelajar-pelajar UiTM (Terengganu) ini adalah dibuat dengan beberapa objektif seperti;

1.         Mengeratkan semangat silaturrahim dan rasa kekitaan di antara kakitangan dan pelajar.
2.         Menyatakan rasa syukur pada rezeki yang Allah swt anugerahkan kepada kita selama ini (bertepatan pula dengan dua kenaikan yang diperolehi baru-baru ini)
3.        Memeriahkan rasa gembira dan merdeka dalam dalam diri kita.


Alhamdulillah program ini telah diluluskan dengan syarat-syarat berikut:
1.        Tiada pembatalan kelas oleh pensyarah terlibat;
2.        Pelajar yang terlibat tiada kelas;
3.        Staf sokongan yang menyertai tidak terlibat dengan mana-mana tugas hakiki; dan
4.        Menghantar senarai nama staf yang terlibat ke Pejabat Rektor dengan kadar segera.

Sehubungan dengan ini, mohon kerjasama semua pensyarah yang tiada kelas pada masa gotong-royong tersebut untuk turut sama membantu.

Bagi staf pentadbiran, mohon kerjasama untuk memberi nama, no. pekerja dan bahagian/unit kepada saya (Wan Anuar) dan puan Norazlina Ismail (HEP) dengan membalas emel ini sebelum jam 4.30 petang esuk Rabu, 24hb Ogos 2016, bagi tujuan permohonan pelepasan tugas pada waktu tersebut.


BANGKIT juga memohon sumbangan kewangan daripada semua warga bagi menjayakan Program Laksa Merdeka ini,

Silalah hulurkan sumbangan masing-masing kepada ;

Pn Khatijah Hamzah (PEJ BENDAHARI)
Pn Norazlina Ismail (HEP)
Hjjh Suhana Sulong (AKADEMIK)


SEMUGA ALLAH MENGGANJARINYA DENGAN KEBAIKAN..


wassalam..

BANGKIT UiTM Terengganu

No comments:

Post a Comment