Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
1. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Ramah Mesra Naib Canselor bersama Seluruh Warga UiTM Terengganu akan diadakan sepertimana berikut:
Tarikh : 04 September 2016 (Ahad)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Aspirasi
Universiti Teknologi MARA ( Terengganu)
Dungun, Terengganu Darul Iman
2. Majlis ini diadakan bersempena Lawatan Rasmi Naib Canselor ke UiTM (Terengganu) pada tarikh tersebut.
3. Sehubungan itu Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan adalah dikehendaki hadir bagi bersama-sama mendengar Amanat dan menjayakan Sesi Ramah Mesra bersama-sama dengan Naib Canselor.
4. Sukacita dimaklumkan juga bahawa pelepasan/penangguhan kuliah juga diberikan kepada semua staf akademik mulai jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada tarikh tersebut bagi membolehkan mereka turut sama hadir ke majlis berkenaan.
5. Mohon Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan membawa bersama kad staf masing-masing untuk proses pendaftaran melalui sistem EASY ACCESS ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM (EAMS).
Masa 'Check In" : 10.00 pagi - 11.30 pagi
Masa Check out : Setelah tamat program
Sekian dimaklumkan. Kehadiran semua staf Universiti Teknologi MARA (Terengganu) ke majlis tersebut adalah amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
ARMYN
No comments:
Post a Comment