Monday, 14 November 2016

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA PERDANA UiTMT

Assalaamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Untuk makluman semua, program memasak bubur asyura akan dianjurkan oleh Badan Kebajikan dan Pengajian Islam Kakitangan (BANGKIT) UiTM (Terengganu).

Program dengan kerjasama PEWANI, KKU, PSKK dan Kelab Akademik (Kampus Dungun) akan diadakan seperti butiran berikut:

Program : PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA PERDANA UiTMT

Tarikh : 9 NOVEMBER 2016 (Rabu)
bersamaan 9 SAFAR 1438h

Masa : 8:00 pagi sehingga aktiviti pengagihan selesai

Tempat : Dataran bersebelahan Pusat Hidayah dan Bangunan Intelek

Tuan/Puan warga kampus semua dijemput untuk sama-sama membantu dalam urusan penyediaan, memasak, membungkus, mengagih serta mengemas agar silaturrahim antara kita lebih erat.
Dengan sumbangan wang dan tenaga kudrat dari kelab-kelab dalaman ini, diharap program ini berjalan dengan lancar.

Marilah kita bersama-sama berkongsi rezeki dengan setiap warga samaada kakitangan, pekerja kontrak, pelajar mahupun tetamu yang berada di persekitaran kampus kita.
Semoga dengan penglibatan kita dalam program ini akan terdidik rasa bersyukur di atas nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita.

Terima kasih.


b/p Penyelaras Grup Bekwoh Hajah Suhana Sulong


    Nazatul

No comments:

Post a Comment