Wednesday, 8 July 2015

Sunday, 5 July 2015

iftar ramadhan fke

Assalamualaikum.... Untuk makluman, pihak kelab (KEKASF) akan menganjurkan majilis berbuka puasa seperti yang telah diputuskan di dalam mesyuarat fakulti pada 2/7/2015. Butiran majilis adalah seperti berikut: Tarikh: 8/7/2015 (Rabu) Tempat : Bilik Kuliah Duyung Masa : 6 ptg - 8 malam Sehubungan dengan itu, saya sebagai wakil kelab ingin menjemput Dr/Tuan/Puan beserta keluarga untuk hadir ke majlis tersebut. Semoga dengan adanya majlis seperti ini akan dapat merapatkan lagi ikatan kekeluargaan di kalangan warga fakulti. Bagi staf yang akan hadir, bayaran RM15 akan ditaja oleh kelab dan sekiranya bercadang untuk membawa keluarga, bayaran sebanyak RM15 akan dikenakan kepada tambahan ahli keluarga. Anak-anak di bawah umur 13 tahun tidak dikenakan bayaran. Diharap agar dapat segera mengesahkan kehadiran Dr/Tuan/Puan kepada En Mohd Taib memandangkan jarak waktu yang singkat. Ini bagi memudahkan pihak penganjur membuat persedian/langkah selanjutnya. Saya juga ingin menggunakan kuasa saya sebagai Pemegang Mohor Besar KEKASF untuk melantik penama-penama di bawah sebagai AJK penganjur. Penyediaan tempat 1. Baktiar 2. Mohd Aldrin 3. Ahmad Shahran Tempahan makanan utama 1. Wan Ahmad Khusairi 2. Mohd Saiful Najib 3. Ahmad Izzat Tempahan makanan iringan dan minuman 1. Shaiful Bakhtiar 2. Abdul Hafiz 3. Mohd Nazrul Penyertaan 1. Mohd Taib Tok imam/kadi 1. Fadhli Dzul Hilmi Diharap semua dapat menjalan tugas masing dengan rela hati ya Bantuan/sokongan dari semua warga FKE bagi menjayakan majlis ini amatlah diharapkan. Saya akan create grup telegram sementara bagi AJK diatas bagi melicinkan perjalanan/persediaan majlis.

Tuesday, 30 June 2015

http://goo.gl/forms/BSQFcn0pAg

Iftar Kelab Akademik

Assalamualaikum..wrh wbr..

Ramadhan Kariim  ( Setiap Nafas Kebaikan Kita di Ramadhan Ini Nilainya Ibadah)

Maafkan saya kerna mengganggu masa emas ibadah semua tetamu Ramadhan..

Untuk makluman semua pensyarah ..

Kelab Akademik dengan Kolaborasi ACIS (Pusat Hidayah) akan melaksanakan satu kerja amal sempena Ramadhan iaitu..

1- Menaja (MEMASAK) Makanan Berbuka Puasa untuk Mahasiswa  dan

Majlis Berbuka Puasa Pensyarah dan Keluarga

2- Tarikh : 20 Ramadhan 1436 h bersamaan 7hb Julai 2015

3- Hari : Selasa

4- Tempat : Dataran Daei

5- Waktu : 8.00 am - 2.00 pm ( memasak )

4.00 pm - mengagih makanan

7.00 pm - persediaan dan berbuka

8.30 pm - solat Isya' dan Tarawih dan Witir berjamaah

9.30 pm - operasi membersihkan peralatan memasak

6- Jangkaan Makanan :   800 pax - pelajar dan pensyarah     X   RM 5.50 /pax

Operasi memasak , mengagih dan mengemas ini akan diketuai oleh

Hjh Kak Su , Hj Ust Aziz , YM Kak Woh , Pegawai2 Pusat Hidayah dan Grup Bekwoh UiTMT ( beberapa pensyarah dan staff bukan akademik) .

Bendahari bagi projek ini ialah : Pn Kartini Mat Rashid (FPP)

Walaupun nampak mahal dan exclusive,  saya percaya Majlis Berbuka Puasa ini akan dapat dijayakan dengan cemerlang apabila ;

SEMUA PARA PENSYARAH MENYUMBANG DALAM BERBAGAI BENTUK  DENGAN RELAHATI  untuk program ini..

Oleh itu sebagai wakil kepada kelab akademik kami menjemput Prof / Prof Madya / Dr / Tuan/Puan,  sahabat dan rakan taulan

menjayakan program dengan ;

1- Para pensyarah semua menyertai MAJLIS BERBUKA (SILA NYATAKAN "INGIN HADIR" KEPADA KELAB AKADEMIK)

con :



2- Kita semua membantu program memasak, mengagih dan mengemas ini dari mula sampai akhir


3- Para pensyarah semua menyumbangkan Dana Kewangan bagi mencukupkan RM yang diperlukan oleh Program Tajaan ini.

4- Semua sumbangan kewangan RM boleh dimajukan kepada ;

Hjh Kak Suhana
Ust Hj Wahairi
Pn Nazatul Azleen
Mdm Wan Maziah
En Moktar
En Fadhli Zulhilmi
En Mohd Muneer
atau mana2 AJK Kelab Akademik

5- Semoga sumbangan tuan puan menepati apa yang disebut oleh Allah dan RasulNYA..

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Perumpamaan orang2 yang berinfaq di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai. Dan setiap satu tangkai itu pula
mempunyai seratus biji . Dan hanya Allah jualah yang akan menggandakan pahala kepada sesiapa yang DIA kehendaki.

Sabda RasululLah SAW yang bermaksud :

Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa , Allah pasti akan memberikan pahala kepada nya seperti
orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangkan sedikit pahala puasa nya..


TERIMAKASIH DAUN KELADI...
kalau bulih nat nat tahun nok buat lagu nii...

jazakumulLah

_UO_.. Wakil Kelab Akademik

Mesyuarat Akademik 2/2015

Y Bhg Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan

Assalamualaikum WBT


Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Akademik 2/2015 akan diadakan pada masa dan tarikh yang
telah ditetapkan seperti berikut :-


Tarikh / Hari : 2 Julai 2015  (Khamis)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Kuliah A & B

Sehubungan dengan itu kehadiran Y Bhg Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan adalah diwajibkan

Disebabkan masalah teknikal, minit mesyuarat 1/2015 dan ajenda mesyuarat akan di e-mailkan nanti.

Monday, 29 June 2015

Mesyuarat Fakulti Kejuruteraan Elektrik

Assalamualaikum,

Mesyuarat Fakulti Kejuruteraan Elektrik akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 2 Julai 2015 (khamis)
Masa: 1145  - 2 pm
Tempat: BMU

Kepada pensyarah yang tidak mempunyai kelas pada waktu tersebut diwajibkan hadir. Kepada staf juga diwajibkan hadir

TQ

hafiz

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK

Assalamualaikum semua warga UiTM


Diawar-warkan pada minggu hadapan, dengan kerjasama antara GRUP BEKWOH, KKU dan BANGKIT akan mengadakan PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK seperti butiran berikut:


TARIKH : 30/6 ( HARI SELASA )

MASA : 8.30 PG - 2.OO PTG ( MEMASAK DAN MENGAGIHKAN SAMPAI SELESAI )

TEMPAT  : TAPAK  KANOPI DI ANTARA PUSAT HIDAYAH DAN BANGUNAN INTELEK.

Bubur tersebut akan diagihkan kepada pelajar-pelajar dan staf. 
Sumbangan Tuan/Puan dalam bentuk kewangan dan tenaga amatlah dialu-alukan.

Sumbangan boleh disalurkan kepada:
Ustaz Wan Anuar Wan Mamat
  Puan Suhana Sulong
Puan Anizah Mustafa (PENTADBIRAN)
Puan Haslenna Hamdan (Pensyarah FPP)
Pn Norazlina Ismail  (HEP)


Sekian. Terima kasih


wakil GRUP BEKWOH

Monday, 22 June 2015

mesyuarat audit

Assalamualaikum,

Mohon kepada Pn Afiza, Cik Yani (LI), En Pali, Pn Rina, Pn Neza (OBE) Pn Siti, Cik Ju, Cik Fizah, Cik Shila izawana, Pn Fathiah (FYP), Pn Yati, En Zairi, Pn Shila Izawana, Pn Rina, En Hafiz Kassim (temuduga) untuk hadir ke BMI pukul 10 pagi ini bagi membincangkan gerak kerja untuk Audit Swaakreditasi minggu depan. Dr Zam akan bagi taklimat..

TQ



HASRUL HAFIZ BIN ABU BAKAR

Audit swaaakreaditasi

Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan

Untuk makluman, terdapat sedikit perubahan berkaitan Pelan Audit untuk hari kedua (22 Jun 2015) sepertimana yang dinyatakan di bawah (font merah).  Sesi 09, 10 dan 11 telah diawalkan dan masa dipendekkan dari 1 jam kepada 30 minit.

Mohon semua pensyarah / staf yang terlibat untuk hadir ke UPQ pada masa yang telah ditetapkan oleh panel auditor.

Sekian, terima kasih.

MASA SESI AKTIVITI
9:00 pagi 08 Sesi Dialog bersama Ketua Pusat Pengajian dan Koordinator Program
10:00 pagi
9.30 pagi 09 Sesi Dialog bersama staf akademik (Gabungan pelbagai gred jawatan, tahun berkhidmat, peringkat pengajian diajar. Anggaran 5 – 7 orang staf)
11:00 pagi
10.00 pagi 10 Sesi Dialog bersama Pelajar (Gabungan pelajar dari semua fakulti, pelbagai tahun/program pengajian/siswazah dan pascaijazah, pelajar tempatan/antarabangsa). Anggaran 5 – 7 orang untuk satu auditor
12:00 thari
10.30 pagi 11a Sesi Dialog Wakil/Union Staf Akademik
11b Sesi Dialog Wakil Pekerja (Staf Sokongan


Rokiah Muda
Sekretariat Audit Swaakreditasi.

Swaakreditasi Audit

Assalamualaikum w.r.t w.b.t


21-22 jun 2015
Alhamdulillah, the Swaakreditasi Audit has ended with some positive feedbacks given by the auditors. Therefore, I would like to thank all faculty members, including our hardworking KFs, all secretaries, LiCs and AJKs and lecturers who have been involved in the dialog session today, and also others who have given their support both directly and indirectly.

~Selamat Menjalani Ibadah Puasa~

Thank You.

Fke The Best@Best Ever Life

Dr. Mohd Zamri bin Jusoh

Program Jalinan Ukhuwah pelajar part 1 dan staf FKE

Assalamualaikum.


Tuan/Puan,


Program Jalinan Ukhuwah pelajar part 1 dan staf FKE akan diadakan seperti berikut:

Rabu (24 Jun 2015)
2.30-5.00 petang
Dewan Kuliah Anggerik & Dewan Kuliah Bakawali (teleconference)
Semua pelajar part 1 dan PA bagi pelajar part 1 adalah di wajibkan hadir, manakala kehadiran staf lain yang tidak mempunyai komitmen kelas juga adalah di wajibkan. 


Berikut adalah senarai PA pelajar part 1:



Semoga kehadiran kita semua dapat memeriahkan lagi suasana walaupun aktiviti ice breaking tidak dapat dijalankan memandangkan terdapat kekangan dari segi tempat. Namun, kehadiran tuan/puan dapat menjadi tanda sokongan dan meraikan kedatangan mereka sebagai keluarga baharu FKE.


Mohon juga jasa baik pensyarah dan penolong pensyarah yang mengajar part 1 untuk memanjangkan berkenaan program ini kepada pelajar kelas masing-masing. 


Sekian, Terima Kasih.

Fathiah Zakaria
FKE

 


Monday, 25 May 2015

Latihan Praktikal

Assalamualaikum

Dilampirkan senarai nama pensyarah yang akan melawat pelajar latihan industri di zon Pantai Timur. Atas arahan KF, tempat yang telah diagihkan adalah muktamad dan tidak boleh ditukar suka sama suka.

Surat lantikan dan surat arahan keluar bertugas pensyarah pelawat insya-Allah akan dikeluarkan pd minggu ini juga. Lawatan pensyarah pelawat adalah bermula pada 24/5/2015 hinga 11/6/2015.

Anda boleh berbincang bersama pelajar yang terlibat mengenai tarikh yang sesuai bagi kedua-dua belah pihak. Mohon mengingatkan pelajar supaya membawa semua borang penilaian yang terdapat di dalam buku panduan LI. 

Sebarang masalah atau pertanyaan boleh terus hubungi Bos Hafiz, Afiza Nur (untuk pelajar EE111) dan Suziyani (EE110 dan EE112)..

Kerjasama anda semua amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.


Penyelia Latihan Industri FKE

OBE 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Perhatian kepada tuan/puan yang mengajar Program Diploma Semester Disember 2014 - April 2015.
Berikut adalah tarikh-tarikh PENTING berkenaan dengan penghantaran CDL dan CQI:

1. Pensyarah kepada LiC -
11 Mei 2015.  

2. LIC Kepada Wakil Semester - 18 Mei 2015

2.
Wakil Semester  kepada Wakil OBE Fakulti (EE111,EE110/EE113 dan EE112) - 25 Mei 2015. (TODAY)

3. Wakil OBE Fakulti kepada Ketua OBE -
1 Jun 2015.

Di sini juga dilampirkan senarai nama yang terlibat untuk rujukan tuan/puan,



Besarlah harapan kami semoga semua dapat memberi kerjasama yang sebaiknya.
Kerjasama daripada Tuan/Puan diucapkan ribuan terima kasih.


Menjalankan Tugas,
Rina 

Freescale cup 2015

Assalamualaikum w.b.t
Alhmdulillah freescale cup 2015 telah melabuhkan tirainya semalam. Pada tahun ini Fke UiTM terengganu telah mghantar sebanyak 3 kumpulan dan salah satunya iaitu Dungun A telah berjaya berada di kelompok 6 teratas dari segi catatan masa, mengatasi 50 pasukan lain dari seluruh negara.

Terima kasih atas sokongan padu yg diberikan oleh semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga terus memberi inspirasi kepada para pelajar untuk memajukan diri dari masa ke masa.

1. Swinburn univ 27saat
2. Swinburn univ 28saat
3. IIUM 48saat
4. UiTM Shah Alam 50saat
5. Monash 52.53saat
6. DUNGUN A 53saat
7. Nottingham univ 59saat
8. Curtin univ 60saat
....
....

Wassalam.


Sir Taib

Saturday, 23 May 2015

OBE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Perhatian kepada tuan/puan yang mengajar Program Diploma Semester Disember 2014 - April 2015.
Berikut adalah tarikh-tarikh PENTING berkenaan dengan penghantaran CDL dan CQI:

1. Pensyarah kepada LiC -
11 Mei 2015.  (TODAY)

2. LIC Kepada Wakil Semester - 18 Mei 2015

2. Wakil Semester  kepada Wakil OBE Fakulti (EE111,EE110/EE113 dan EE112) -
25 Mei 2015.
3. Wakil OBE Fakulti kepada Ketua OBE -
1 Jun 2015.

Di sini juga dilampirkan senarai nama yang terlibat untuk rujukan tuan/puan,



Besarlah harapan kami semoga semua dapat memberi kerjasama yang sebaiknya.
Kerjasama daripada Tuan/Puan diucapkan ribuan terima kasih.


Menjalankan Tugas,
Rina Binti Abdullah

Freescale Cup



Mesyuarat FKE

Assalamualaikum,

Mesyuarat FKE akan diadakan seperti berikut:


Tarikh: 21 September 2014 (Ahad)
Masa: 2 - 5 PM
Tempat: BMU

Semua staf FKE diwajibkan hadir

-hafiz-

Perjumpaan dengan TD HEP

Assalamualaikum, 

Sahabat2 sekelian...

Satu perjumpaan pensyarah FKE Dungun dengan TD HEP Dr Asari akan diadakan spt berikut:

Tarikh : 7 hb Februari 2015 (Sabtu)
Masa : 11 pg~
Tempat : BMI

Dr Asari hadir atas jemputan program lain, beliau sendiri berhasrat ingin berjumpa sahabat2 di sini...


TQ
En Hafiz

Bengkel Hands on and Training on embedded system: CDIO approach.

Assalamualaikum wbt

dijemput kepada semua staff FKE untuk hadir ke bengkel Hands on and Training on embedded system: CDIO approach.

Tarikh: 5 dan 6 Mei 2015
Tempat: Dewan Jasmin


Masa
Hari Selasa (5 Mei 2015)
8:00 -  8.30 am
Pendaftaran Peserta & Sarapan Pagi
8.30 -  10.00 am
“Introduction to Embeded System”
10.00 – 10.30 am
Rehat
10.30 – 12.30 am
“Module 1: Simulation & Trouble shoot”
12.30 - 2.30 pm
Makan Tengahari dan solat
2.30 -  4.30 pm
“Module 2: Hard-ware & Trouble shoot”
4.30 – 5.00 pm
Minum Petang
Masa
Hari Rabu (6 Mei 2015)
8:00 -  8.30 am
Sarapan Pagi
8.30 -  10.00 am
“Module 3: Trouble-shooting”
10.00 – 10.30 am
Rehat
10.30 – 12.30 am
“Module 3: Trouble shooting (cont’)”
12.30 - 2.30 pm
Makan Tengahari dan solat
2.30 -  4.30 pm
“Mini competition (project completion) ”
4.30 – 5.00 pm
Minum Petang 

"Bengkel Kereta Untuk Pak Abu"

Sekian.
terima kasih


regards

Dr Tie

Wednesday, 20 May 2015

AGM EESA

Assalamu'alaikum..


Disini saya selaku Penasihat EESA ingin menjemput sahabat2 untuk turut serta dalam program Annual Grand Meeting (AGM) EESA yang akan diadakan pada MALAM INI bersamaan 26Jan2015. InsyaAllah, program akan bermula pada jam 8.30malam.

kehadiran sahabat2 amatlah dihargai.

Wallahu'alam..

Mesra Mall Project

Assalamualaikum,

Mesra mall menjemput kita utk sertai mini exhibition regards Go Green/Environment products pada 28 Mac 2015 bersempena Earth Hour. Jadi mohon kepada yang ada projek sem ini atau sem2 lepas
dialu-alukan untuk participate sebagai contribution to society. Sesiapa yang ingin menyertai boleh hubungi saya dengan kadar segera.

TQ




HASRUL HAFIZ BIN ABU BAKAR


Salam Mr Hasrul,

As per conversation, Mesra Mall is organising an event in conjunction of the Earth Hour movement this year, on 28th March 2015. We are keen to invite Faculty Of Electrical Engineering from UiTM Dungun  to join on board by having a mini exhibition to exhibit your students creative invention with regards to Go Green/ Environmental products.

It will be a great exposure for the students, and at the same time it would give a great educational value to our visitors as well.

As you have mentioned, you will need about a week to identify the relevant projects for the mini exhibition,thus I shall wait for your favourable respond soon.

Should you have any enquiry, please do not hesitate to reach me.

Thank you.

Best regards,
Idzaida Shabbri |

Kelas Kereta Pok Abu

assalamualaikum wbt

peringatan mesra. kelas terakhir persediaan bengkel kereta untuk Pak Abu.
kepada sesiapa berkelapangan dijemput hadir.

sekian

wassalam

-----Forwarded by Zulzilawati Jusoh/TGANU/UiTM on 04/27/2015 04:43PM -----
To: UiTM Terengganu Pensyarah DEE, UiTM Terengganu Penolong Jurutera dan Penolong Pensyarah FKE
From: Zulzilawati Jusoh/TGANU/UiTM
Date: 04/23/2015 12:45PM
Subject: Kelas ketiga _ bengkel persediaan kereta untuk Pak Abu

Assalamualaikum wbt

alhamdulillah selesai sudah kelas kedua untuk persediaan pertandingan menyediakan kereta untuk pak Abu.
terima kasih diatas peserta-peserta yang hadir kelas hari, sambungan yang amat memberangsangkan.

InsyaAllah, kelas terakhir kita akan dijadualkan pada minggu hadapan seperti maklumat berikut :-
    
     tarikh :     28 April 2015
     masa :     10-12 tghri
     tempat:     me13A5

peserta boleh mendapatkan tips pertandingan daripada supervisor pada masa tersebut.

untuk makluman, semua kumpulan mestilah menyiapkan PCB (siap hardware), sudah test sensor dan motor sblm bengkel iaitu pada 5 dan 6 Mei 2015 nanti.
jika tidak kemungkinan kumpulan anda akan tertinggal dibelakang.

semoga semua kumpulan sama-sama mengejar kumpulan yg dihadapan.

sekian. terima kasih

'Bengkel Kereta Untuk Pak Abu"

Keputusan Rasmi Kereta Pok Abu

Keputusan Rasmi pertandingan kereta Pak Abu

Tempat Pertama
Kumpulan Power MAT
1.       Mat Yushafizee Bin Mat Yunus
2.       Hasrul Hafiz Bin Abu Bakar
3.       Norizan Binti Ahmed

Tempat Kedua
Kumpulan 4G
1.       Rosmawati Binti Shafie
2.       Fadhilatul Saadah Binti Muda
3.       Sharifah Nurul Wahida Binti Sayed Mohd Al-Bakir

Tempat Ketiga
Kumpulan Neza
1.       Nuraiza Binti Ismail
2.       Nur Hafizah Tul Huda Binti Ahmad
3.       Rosheila Binti Darus
4.       Azaha Bin Mamat

Tempat Keempat
Kumpulan Nasran
1.       Nasran Bin Abd Rashid @ Rashdi
2.       Rina Binti Abdullah
3.       Bakhtiar Bin Musa


Tempat Kelima
Kumpulan Din
1.       Hafizudin Bin Ahmad
2.       Shaiful Bakhtiar Bin Hashim
3.       Nik Nur Shaadah Binti Dzulkefli

Saguhati
Kumpulan Tunder
1.       Mohd Nazrul Bin Sidek
2.       Wan Ahmad Khusairi Wan Chek
3.       Zulzilawati Binti Jusoh
4.       Nurul Nazuha Binti Ariffin

Kumpulan Air Panas
1.       Mohd Aldrin Bin Ali
2.       Mohd Abdul Talib Bin Mat Yusoh
3.       Abdul Hafiz Bin Kassim

Kumpulan Usop
1.       Mohd Yusof Bin Mat Zain
2.       Raja Mohd Noor Hafizi Bin Raja Daud
3.       Nur Dalila Binti Samsudin
4.       Nurul Huda Binti Kamarulzaman

Kumpulan Apis
1.       Nurul Nadia Binti Mohammad
2.       Nurhaffizah Binti Hassan
3.       Afiza Nur Binti Jaafar
4.       Fathiah Binti Zakaria
5.       Norhayati Binti Ahmad
6.       Suziana Binti Omar
Kumpulan Ejat
1.       Ahmad Izzat Bin Mohd Arifin
2.       Siti Khadijah Binti Hasan
3.       Nazuha Binti Fadzhal

Kumpulan Najib
1.       Mohd Saiful Najib Bin Ismail @ Marzuki
2.       Mohd Azmi Bin Ismail

Kumpulan Amir
1.       Amir Hamzah
2.       Siti Aishah Binti Che’ Kar
3.       Suziyani Binti Rohafauzi
4.       Syila Izawana Binti Ismail



Gotong Royong Perdana FKE

Assalamualaikum...

Bagi melancarkan urusan PnP semester hadapan, terutama penggunaan makmal, satu gotong royong perdana FKE akan dijalankan spt berikut:

Tarikh: 18 Mei 2015 (Isnin)
Masa : Mula pukul 9:00 pagi (sila bfast dulu sblm tu)
Berkumpul di : 13A6
Peserta: SEMUA staf FKE yang bekerja pada hari itu.
Pakaian: Yang bersesuaian untuk gotong royong

Mohon PJ2 dan PPS untuk mengenal pasti kawasan dan tugas2 bagi lab di bawah seliaan masing2.

TQ
hafiz

Penyerahan Test 1 & 2

Assalamualaikum,

Melalui mesyuarat Fakulti yang lepas, dipersetujui bahawa bermula dari semester hadapan semua LiC wajib untuk menyerahkan softcopy soalan dan skema jawapan untuk Test 1 dan Test 2 (Test 3 kalau ada) sebelum kuliah bermula. Justeru, sebelumnya bermulanya kuliah semester hadapan semua LiC wajib menyerahkan softcopy Test 1 dan 2 kepada ketua unit peperiksaan Pn Nik Nur Shaadah selewat2nya pada 4 June 2015. Dilampirkan surat arahan KPP SnT bagi tujuan tersebut.

TQ
hafiz

Keputusan Boling 2015

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program boling FKE semalam.

Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai. Kekurangan sewaktu game boling semalam saya mohon maaf.

Tahniah kepada para pemenang.

Di umumkan nama juara, naib juara dan tempat ketiga untuk setiap kategori :

Lelaki (3 games) :

Juara : Boss Hafiz : 409 mata
N. Juara : Dr. Zamri: 405 mata
Ke-3 : Hafiz K : 395 mata

Wanita (2 games) :

Juara : Kak Tie : 196 mata
N. Juara : Gee : 183 mata
Ke-3 : Yani : 180 mata

Juara keseluruhan dan pemenang piala pusingan FKE adalah Hafiz bos.

Semoga biro sukan akan dapat menjayakan lagi program sukan untuk FKE.

Dikesempatan ini juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga FKE sepanjang saya bertugas di sini.
Maafkan saya andai kata ada perkara yang menyinggung perasaan yang telah saya lakukan sama ada sengaja atau tidak.

Semoga berjumpa lagi di lain masa.

Sayonara.
Mata aimasyou.

Hidier

Jamuan Perpisahah

Assalamualaikum....
Saya mewakili Ajk KEKAF dengan ini ingin menjemput
Semua warga FKE  ke jamuan makan n perpisahan yang akan diadakan pada;
Hari: ISnin , 27/4/15
Masa: sebaik sahaja selesai meeting     exam lebih kurang jam 10.30 am.
Tempat : Dataran Sura

Main menu yang disediakan: Nasi dagang, minuman n kuih muih.

**Potluck sgt dialu-alukan.

Jemput datang yer semua.
Terima kasih , wassalam.

Bengkel Pok Abu

Assalamualaikum wbt

alhamdulillah selesai sudah kelas kedua untuk persediaan pertandingan menyediakan kereta untuk pak Abu.
terima kasih diatas peserta-peserta yang hadir kelas hari, sambungan yang amat memberangsangkan.

InsyaAllah, kelas terakhir kita akan dijadualkan pada minggu hadapan seperti maklumat berikut :-
tarikh : 28 April 2015
masa : 10-12 tghri
tempat: me13A5

peserta boleh mendapatkan tips pertandingan daripada supervisor pada masa tersebut.

untuk makluman, semua kumpulan mestilah menyiapkan PCB (siap hardware), sudah test sensor dan motor sblm bengkel iaitu pada 5 dan 6 Mei 2015 nanti.
jika tidak kemungkinan kumpulan anda akan tertinggal dibelakang.

semoga semua kumpulan sama-sama mengejar kumpulan yg dihadapan.

sekian. terima kasih


'Bengkel Kereta Untuk Pak Abu"

Puan Zu

Boling 2015

Salam kepada warga fke..

Jom beramai-ramai kita bermain boling fke pada rabu 29/4 minggu depan..

Hadiah akan di berikan kepada peserta secara berkumpulan dan juga secara individu..

Hadiah berupa hamper utk Kumpulan : tempat 1, tempat ke-2 dan tempat ke-3

Hadiah individu :
No1-no10 utk setiap kategori lelaki dan perempuan..

Penyertaan masih dibuka kepada warga fke..
Kepada yang belum kasi nama, Berikan nama anda kepada saya, ayai,sheila,ma atau pokha untuk penyertaan..

Senarai nama peserta akan saya email esok..

Amanat Rektor Tahun 2015 dan Pelancaran Sambutan 40 tahun UiTM Terengganu

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan,

Dimaklumkan Amanat Rektor Tahun 2015 dan Pelancaran Sambutan 40 tahun UiTM Terengganu akan diadakan sebagaimana butiran berikut:

Tarikh : 26 Februari 2015 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Aspirasi, UiTM Terengganu.

Tentatif Program :
8.00 pagi : Ketibaan kakitangan UiTM (T)
Minum Pagi & Pendaftaran

9.00 pagi : Ketibaan YBhg. Prof. Madya Dr. Abdol Samad Nawi
Rektor UiTM (T)

Nyanyian Lagu Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM

Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran & Terjemahan

Perutusan Tahun Baharu Rektor UiTM (Terengganu)
Oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Abdol Samad Nawi

Majlis Pelancaran
· Laman Web Baharu UiTM (Terengganu)
· Logo Sambutan 40 Tahun UiTM (Terengganu)

12.00 tgh. : Bersurai

Sehubungan itu Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan dijemput hadir.
Kehadiran adalah dimestikan dan jam latihan akan diberikan.

Sila pastikan Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan membawa bersama kad staf untuk proses pendaftaran melalui sistem EASY ACCESS ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM (EAMS)
Masa "Check In"   : 8.00 - 9.00 pagi
Masa "Check out" : Setelah tamat program

Mana-mana staf yang tidak sempurna kehadirannya tidak akan dimasukkan jam latihan.
Sila berurusan dengan pihak InfoTech sekiranya Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan masih belum mempunyai kad staf atau hilang, rosak dan sebagainya. Sila pastikan Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan sentiasa memakai kad staf masing-masing sepanjang berada di kampus.

Sekian, terima kasih.

Naziah Abd Razak
Pegawai Eksekutif Kanan

Mesyuarat Akademik UiTMT

Assalamualaikum Y Bhg Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan


Sukacita timaklumkan bahawa Mesyuarat Akademik 1/2015 akan diadakan pada masa dan tarikh yang telah
ditetapkan seperti berikut :-

Tarikh : 15 Februari 2015
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Aspirasi


Sehubungan dengan itu bersama-sama ini disertakan Minit Mesyuarat 3/2014 untuk makluman dan semakan
tuan/puan.




Pihak kami sedang berusaha untuk mendapatkan bajet minum pagi pada hari tersebut walaubagaimana pun
maklumat terkini akan dimaklumkan sebelum mesyuarat nanti.

Kehadiran adalah diwajibkan.

Keperihatinan dan kerjasama tuan/puan amat dihargai dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.


Puan Rohani

Gotong Royong Perdana UiTMT

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tuan/Puan

Harap Maaf.

Tarikh Gotong-Royong adalah pada : 12 Feb 2015 ( Khamis)

Sekian, dimaklumkan.

Terima kasih.

Norazline Awang
Setiausaha
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Terengganu

Meeting Fakulti

Assalamualaikum,

Mesyuarat Fakulti akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 30 Mac 2015 (Isnin)
Masa : 9 pagi~
Tempat  : BMU
Agenda:
1. Perihal peperiksaan
2. Silibus baru
3. Hal-hal lain

Semua staf diWAJIBkan hadir pengecualian pada yang menjaga peperiksaan sahaja.

TQ




HASRUL HAFIZ BIN ABU BAKAR

Meeting AJK Kereta Pok Abu


merujuk mesyuarat pertama kita pada pagi td, berikut adalah maklumat yang telah diputuskan:

1. pembahagian tugas-tugas
Setiausaha: Mengeluarkan surat lantikan
Panggilan mesyuarat

Bendahari Hal-hal berkaitan kewangan

AJK Publisiti Mengwar-warkan hal-hal berkenaan bengkel
pemakluman pembahagian kumpulan
tugasan kumpulan sebelum hadir bengkel

AJK Makanan Menguruskan hal-hal berkaitan makanan staff

AJK Tempat Menguruskan kan tempat bengkel dan tempat makan semasa bengkel

AJK Peralatan Menguruskan hal-hal berkaitan peralatan untuk digunakan sebelum dan semasa bengkel

AJK Honorarium Menguruskan honorarium

AJK Persegaran Menguruskan hal-hal persegaran (air mineral / dan gula-gula)

AJK Pendaftaran Menguruskan hal hal berkenaan pendaftaran

Mohamad Taib Menyediakan modul, khidmat nasihat, pelan perancangan untuk perlaksanaan bengkel.


2. Lain-lain perkara
Publisiti bengkel dimulakan minggu ini.
surat lantikan mula dikeluarkan minggu ini.
Pembahagian kumpulan sudah boleh dimulakan. (satu kumpulan 3 org)
tajuk projek dan gambar litar boleh mula diedarkan (bermula hujung minggu ini)
projek dipantau / progress of the projects to be monitor by weekly. (starting on 5/4/2015). mekanisme utk monitor progress dibincangkan kemudian.
Pemansuhan AJK Sijil

diharapkan sekiranya terdapat kekeliruan dan kesalahan mohon untuk maklum semula kpd saya atau wakil. diharapkan dapat kita bekerja bersama-sama.

mesyuarat seterusnya kita akan adakan dalam tempuh 2-3 minggu lagi, insyaAllah.

sekian
terima kasih.


FKE Bowling Tournament

Assalamualaikum.

 Kami dari Biro Sukan & Rekreasi FKE merancang untuk mengadakan FKE Bowling Tournament 2015.

Rancangannya adalah seperti berikut :
Tarikh : 20/4/2015
Masa : 10:30 pagi ~
Hari kerja. Kita akan minta pelepasan dari hea.

Untuk step pertama, kami nak survey dulu penyertaan dari kawan-kawan FKE pada tarikh tersebut.

Seterusnya baru nak proceed untuk next step.

Sila reply email yes or no :)

Terima kasih

Hidier

Bengkel CDIO : Kereta Pok Abu

assalamualaikum wbt

seperti yang sudah sedia maklum, bengkel HOATES CDIO dijualkan berlangsung pada 5 dan 6 mei 2015 di Dewan Jasmin.
bengkel ini dicadang untuk diadakan bagi membantu warga fke dalam membantu menambah baik kualiti projek akhir pelajar supaya sering dengan teknologi terkini.
antara objektif bengkel ini adalah 

1  Menambah pengetahuan pensyarah mengenai teknologi terkini dalam bidang kejuruteraan elektrik. 
2  Menambah kemahiran pensyarah dalam menyelia projek akhir pelajar 
3 Meningkatkan kualiti projek akhir pelajar bagi membolehkan projek akhir pelajar dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

untuk makluman semua, pembentukan kumpulan sudah pun bermula pada minggu lepas dan ketua-ketua kumpulan sudah pun dilantik.
tajuk projek dan tugsan yang dicadangkan sudahpun di muatnaik ke dalam blog fke http://fkeuitmt.blogspot.com dan status terkini boleh didapati di blog tersebut.

semua peserta-peserta program disarankan untuk sentiasa merujuk laman blog fke dari semasa ke semasa untuk maklumat terkini supaya tiada peserta/kumpulan yang tercicir. kesemua kumpulan adalah dimestikan untuk menyiapkan atau sudah membuat simulasi keatas litar projek masing masing sebelum bengkel bermula. adalah menjadi tanggungjawab ketu-ketua kumpulan untuk memastikan tugasan-tugasan dapat disiapkan dan diikuti berpandukan jadual yang sudah dimuat naik didalam laman blog fke.

seterusnya, saya ingin menyeru dan mengingatkan peserta-peserta supaya mengisi borang 'entrance survey' yang telah pun di muat naik ke dalam blog semalam. saya berharap sudilah kira semua peserta mengisi borang tersebut segera. saya juga berharap ketua ketua kumpulan agar dapat mengingatkan ahli-ahlinya untuk mengisi borang tersebut. tujuan 'survey' ini diadakan adalah untuk mengumpul data seperti yang kita praktiskan kepada pelajar-pelajar kita. tarikh akhir untuk mengisi borang ini akan di'update' didalam laman blog oleh ajk bengkel.

segala kerjasama dari semua peserta-peserta bengkel amatlah saya harapkan dan saya hargai

akhir kata, selamat belajar kepada kita semua

sekian
terima kasih


p/s: laman blog fke. tajuk perojek
http://fkeuitmt.blogspot.com/p/kereta-untuk-pak-abu.html

borang entrance survey boleh dilayari di sini

Meeting Famil Day

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

satu panggilan meeting yang akan diadakan seperti berikut:
hari: Isnin
tarikh: 13/4/2015
masa: 10.30 pagi
tempat: BMU

diwajib kepada semua staff FKE hadir untuk memberikan pandangan dan seterusnya pengenalan ajk2 yg sado dan cuties..
sehubungan dgn itu, diminta pendahuluan daripada peserta2 separuh daripada nilai penuh (rm350 bagi adult) iaitu seperti yang tertera dalam table dibawah untuk urusan booking fee (bayar sikit2 dulu pun xpe, setakat ni itu je kekejaman saya..hi3)  --puas ngejah doh harga RM350 ni,keliling pulau perhentian doh merantau..ha3

P/S: kami pihak AJK Familyday menadah tapak tangan seluas2 untuk pertambahan peserta.
NO JUMLAH Pendahuluan bayar masa meeting 13/4/2015
1 STAF DEWASA 27 RM 175
2 DEWASA 19 RM 175
3 KANAK –KANAK (12<4) 4 RM 90
4 infant (4 < THN) 17 0
5 BUKAN STAF BAYI 1 0
JUMLAH 68 orang RM 8410


sekian terima kasih

Sir Najib

Bengkel Pok Abu

assalamualaikum wbt

sukacita dimaklumkan satu kelas 'conceive" untuk bengkel ini akan diadakan pada hari khamis ini 16/4/2015. kelas ini diadakan bertujuan untuk pengenalan dan tatacara untuk memulakan projek. kelas ini terbuka kepada sesiapa yang ada kesulitan untuk mencari idea atau untuk memulakan prjek. dijemput kepada sesiapa yang berkelapangan untuk hadir pada hari dan waktu tersebut.
maklumat kelas 'conceive' yang pertama ini adalah seperti berikut :-

tarikh : 16 April 2015
tempat: ME 13A6
masa: 10.00 - 12.00 tghri
sasaran: ketua kumpulan atau ahli yang masih buntu untuk mencari idea untuk memulakan projek.


sekian. terima kasih.

Pn Zulzilawati

Mesyuarat Fakulti

Assalamualaikum,

Mesyuarat Fakulti untuk semester Dis 14 - Apr 15 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 14 Dis 2014 (Ahad)
Masa : 8 - 10 Pagi
Tempat : BMU

Semua Staf FKE diwajibkan hadir. Masa agak suntuk, tolong datang on time.  Mohon maklum kepada yang lain.

Pn Afiza,
Tolong prepare minit yer..

TQ
hafiz

Silibus Review

Assalamualaikum..

Penang akan buat silibus review kod2 diploma pada 23-24 Dis 2014. Diminta semua pensyarah yang mengajar subjek dibawah untuk memberi respon berkenaan subjek masing2 seperti terlebih content/content tak sesuai/perlu penambahbaikkan ker...dsb utk dibincang di sana.


EEE111 - Ahmad Shahran
EEE121 - NURAIZA ISMAIL, AHMAD IZZAT, MOHD SAIFUL NAJIB, MOHD NAZRUL, SUZIANA, NUR SYAHIRAH BINTI KAMAROZAMAN
ELE232 - WAN AHMAD KHUSAIRI, NURHAFIZZAH
EPO231 -  WAN AHMAD KHUSAIRI
EEE231 - DR. MOHD ZAMRI, NIK NUR SHAADAH, NURAIZA ISMAIL
EEE230 - MOHD TAIB, MOHD NAZRUL, MOHD SUHAIMI, ABDUL HAFIZ, ZULZILAWATI, NASRAN, SITI KHADIJAH, NUR DALILA, ROSZITAIDA
ELE242 - ZAIRI ISMAEL, ROSMAWATI, FADHILATUL SAADAH
EEE240 - MOHD NAZRUL
ELE352 - AMIRA WARDIAH BINTI HASANUDIN
ELE353/ELE351 - ZAIRI ISMAEL
ELE361/ELE357 - AHMAD SHAHRAN, SITI AISHAH, MOHD ABDUL TALIB BIN MAT YUSOH
ELE362 - AFIZA NUR, ABDUL HAFIZ,   SHAIFUL BAKHTIAR
ELE245 - SHAIFUL BAKHTIAR, NORHIDAYATUL HIKMEE

ELE290 - FATHIAH, NURAINA NAJIHAH - SUBJEK KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Kerjasama dari semua amat dihargai..

Terima kasih.

p/s:  sila maklumkan kepada sesiapa yg tidak mempunyai lotus note.



Cik Romawati