Tuesday, 15 March 2016

"Route to Become a Professional Engineer (Ir)

Assalamualaikum. Unit Penyelidikan dan Kepakaran (UPnK), FKE menjemput semua staf Fakulti Kejuruteraan ke satu sharing session berkenaan "Route to Become a Professional Engineer (Ir)". Berikut adalah butiran program: Tarikh : 16 Mac 2016 (Rabu) Waktu : 2.00-5.00 petang Tempat : Dewan Jasmin, UiTM Dungun Disampaikan oleh wakil IEM Kerteh Chapter: 1) Ir Haji Ahmad Nazari Ashari ( Mecip Global Engineers Sdn Bhd) 2) Ir Saiful Azmi Suhaili (Petronas Carigali Sdn Bhd) Jangan lepaskan peluang yang ada ini untuk menimba ilmu bagi pembangunan kerjaya kita semua. Kepada yang berminat, bolehlah memberi nama dan no pekerja kepada saya selewat-lewatnya pada jam 6.00 petang hari ini. Terima kasih.

EPIC

Untuk makluman, Educational Project of Innovation Competition (EPIC) akan diadakan pada 10 September 2015 di UiTM (Terengganu) Kampus Bukit Besi. Tarikh penghantaran abstract telah dilanjutkan sehingga 28 Ogos 2015. Oleh itu, kepada anda yang menyelia projek akhir tahun pelajar atau projek-projek lain, anda amatlah dialu-alukan untuk menyertai EPIC. Ayuh sertai kami di EPIC. Jangan biarkan harta intelek pelajar anda dibazirkan begitu sahaja. Mereka adalah Generasi Y yang sangat kreatif. Ketengahkan idea dan bakat mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://tiid.uitm.edu.my/epic/ Sekian, terima kasih.

DEBAT

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi diucapkan kepada semua rakan2 pensyarah. Pada 3 hingga 5 September 2015, telah berlangsung pertandingan Debat Kemerdekaan Piala Rektor 2015 anjuran Kelab Debat dan Pidato UiTM Dungun. Berikut adalah keputusan pusingan akhir yang berlangsung pada 5 September 2015 di Dewan Bakawali. DEBAT BAHASA INGGERIS JOHAN: FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA (KAMPUS BUKIT BESI) NAIB JOHAN: FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN PENDEBAT TERBAIK PUSINGAN AKHIR: AWANG (FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA) PENDEBAT TERBAIK KESELURUHAN: SYAFIQ (FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK) DEBAT BAHASA MELAYU JOHAN: FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI NAIB JOHAN: FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK PENDEBAT TERBAIK PUSINGAN AKHIR: AZREEL (FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK) PENDEBAT TERBAIK KESELURUHAN: BADZLI (FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA) Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua peserta di atas sokongan yang diberikan kepada program ini. "MENJUNJUNG ILMU, MEMARTABATKAN BAHASA"

MAGIS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan MARDI, dengan sukacitanya menjemput tuan/puan untuk menyertai Malaysian Agricultural Invention Show (MAgIS) 2015, bertempat di Hall D, MAEPS, Serdang, Selangor pada 20hb - 21hb Oktober 2015. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30hb September 2015. Sila layari http://magis.mardi.gov.my untuk keterangan lanjut. Pamplet boleh di dapati di Pejabat ICAN,PJIA, Blok Integriti. Pertandingan terbuka kepada Agensi Kerajaan dan Swasta, Individu, Universiti, Kolej dan Politeknik, serta Sekolah Rendah dan Menengah Sekian, terima kasih ICAN

EEIEC & DINNER

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana baru-baru ini pihak Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Terengganu telah selesai menjalankan Program 'Electrical Engineering Innovation Exhibition and Competition' (EEIEC 2015) dan juga Majlis Makan Malam Staf bersama Pelajar FKE Semester Akhir 2015. Sehubungan dengan itu, pada kesempatan kali ini pihak kami ingin merakamkan sekalung penghargaan kami buat semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan dan melancarkan perjalanan program-program tersebut. Unit-unit dan bahagian-bahagian yang terlibat adalah:- - HEA - Infotech - BPF - Unit Komunikasi Korporat Terengganu - HEP - Polis Bantuan, dll Setinggi-tinggi penghargaan kami juga turut ditujukan kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Profesor Madya Dr Azemi Che Hamid selaku jemputan khas untuk merasmikan Program EEIEC 2015. Tidak dilupakan juga kepada Ketua Pusat Pengajian Sains dan Teknologi, Dr Mohd Zamri Jusoh dan Ketua Program FKE, En Hasrul Hafiz Abu Bakar yang turut menghadiri program-program tersebut. Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan staf FKE yang telah bertungkus-lumus selaku AJK pelaksana yang telah memastikan program ini berjalan seperti yang dirancang. Penghargaan kami juga kepada para juri yang telah mengadili para peserta pada hari tersebut. Tanpa komitmen dan sumbangan yang tidak berbelah bahagi oleh semua pihak, program ini tidak mungkin mampu direalisasikan pada kali ini. Kerjasama yang diberikan amatlah kami dihargai. Harapan pihak kami ialah agar program-program ini mampu menyuntik semangat dan menjadi sebagai satu titik permulaan untuk para pelajar mencipta evolusi dan inovasi dalam bidang sains dan teknologi khasnya kejuruteraan elektrik.

Bengkel akademik CDIO dan Sharing session Route to IR".

Assalamualaikum.... Makluman awal.. Pada 5 Nov 2015(8.00pg-5.00ptg) akan diadakan "Bengkel akademik CDIO dan Sharing session Route to IR". Kehadiran semua pensyarah dan penolong pensyarah diwajibkan hadir bagi melengkapkan program ini. Sekian,terima kasih.

VETTING

Memandangkan perubahan tarikh vetting pada 30 Nov - 2 Dis 2015, tarikh pre-vet telah diubah kepada 22 - 23 Nov 2015... harap maklum tq

CDIO

As salam.. Bengkel CDIO ditunda pada 8hbln kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Butiran program: Tarikh:8 Nov 2015 Hari:Ahad Tempat:Dewan Jasmin Program Mula:9 pg(Bfast dulu ya-kerana mkanan tidak disediakan) Oleh hal yang demikian, mohon rakan-rakan pensyarah(LIC) menyiapkan silibus masing-masing. Dan menghantar kepada saya paling lambat hari ini. Terima kasih diucapkan kepada yang telah menghantar. Kerjasama dari rakan sekalian..saya ucapkan terima kasih.

VETTING

Mohon penggubal soalan MARCH2016 sentiasa standby (handphone sentiasa ON dan berada dalam kawasan) sepanjang Bengkel Vetting di UiTM Pulau Pinang berlangsung pada 30 NOVEMBER - 2 DISEMBER 2015. Ini bagi memudahkan komunikasi antara kita sekiranya diminta membuat pembetulan pada soalan masing-masing. Sekian, harap maklum. Terima kasih. -Sha-

EE114

Assalamualaikum. sukacita diingatkan utk rakan2 supaya dapat melakukan semakan document program baru diploma EE114 sebagaimana pembahagian tugasan dibawah. antara semakan yang perlu dibuat termasuklah 1. menyemak kesesuaian kandungan silibus (boleh cdg utk tambah/buat mana yang perlu/tak perlu) 2. menyemak senarai buku rujukan : perlu cari edisi yang paling terkini 3. lain-lain yang dirasakan perlu pihak ajk memohon jasa baik tuan puan untuk menyelesaikan semakan sebelum bengkel UPPB pada 4-5disember ini. bersama-sama ini disertakan buat sekian kalinya dokumen-dokumen berkaitan untuk kemudahan tuan/puan. pelan pengajian : https://www.dropbox.com/s/z6skvnjcvtn9cfi/C2.1%20-%20DIE%20STUDY%20PLAN.xlsx?dl=0 subjek2 part 1 : https://www.dropbox.com/s/h1gfrul7husyawh/SUMMARY%20OF%20COURSE%20-%20SEM%201.docx?dl=0 subjek2 part 2 : https://www.dropbox.com/s/5otegeqy5b2q6a2/SUMMARY%20OF%20COURSE%20-%20SEM%202.docx?dl=0 subjek2 part 3 : https://www.dropbox.com/s/bmfcv8iufzbk9zy/SUMMARY%20OF%20COURSE%20-%20SEM%203.docx?dl=0 subjek2 part 4 : https://www.dropbox.com/s/sjrcxhbj5vqgt1y/SUMMARY%20OF%20COURSE%20-%20SEM%204.docx?dl=0 subjek2 part 5 : https://www.dropbox.com/s/g7spet5hxc7ueas/SUMMARY%20OF%20COURSE%20-%20SEM%205.docx?dl=0

GOTONG ROYONG PERDANA 2015

dan Salam Sejahtera Y.Bhg. Prof/Prof Madya Dr./Prof Madya/Dr./Tuan/Puan Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sebagaimana emel pemakluman program Gotong Royong Perdana 2015 oleh Pejabat Pengurusan Fasiliti UiTM Shah Alam, UiTM (Terengganu) juga telah mengambil langkah yang sama untuk program tersebut. Berikut adalah jadual pengagihan kawasan gotong royong pada 3 Disember 2015. (Khamis) bermula jam 8.00 pagi. Mohon rujuk pegawai Rujukan seperti jadual berlampir.

MESYUARAT AKADEMIK

Assalamualaikum Tuan/Puan yang dihormati Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Akademik 3/2015 akan diadakan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut : Tarikh : 9 Disember 2015 (Esok Rabu) Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Aspirasi Makluman : Makan pagi ada disediakan mulai jam 8.30 pagi Bersama-sama ini disertakan Minit Mesyuarat dan ajenda untuk makluman dan semakan tuan/puan. Kehadiran tuan/puan amat didihargai dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih. Walaubagaimana pun kehadiran adalah diwajibkan

PEO

Matlamat program adalah seperti di bawah: PEO1: Kemampuan melaksanakan tugas-tugas kejuruteraan elektrik samada secara individu atau berkumpulan. (Ability to carry out electrical engineering task as an individual or a team member). PEO2: Tingkahlaku dan etika yang baik yang menyumbangkan kepada kebaikan manusia sejagat. (Good attitude and ethics who will provide contribution for the benefits of humanity). PEO3: Menyesuaikan diri dengan tenaga kerja tempatan dan dunia melalui kesedaran tentang isu-isu semasa dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat. (Adapted to the local as well as the global workforce through awareness on contemporary issues and life-long learning skills). PEO4: Kemahiran komunikasi yang cekap, kualiti kepimpinan dan keusahawanan. (Effective communication skills, leadership quality and entrepreneurship). Objektif Program, FKE UiTM

PO

Sumber UiTM Penang http://penang.uitm.edu.my/fke/images/fke_academic_programmes/EE112_Course_Structure.pdf PROGRAMME OUTCOMES 1. Ability to acquire and apply mathematics, science and engineering fundamental. 2. Ability to express ideas effectively, in written and/or oral form. 3. Ability to acquire adequate technical knowledge in area of specialization. 4. Ability to identify and solve technical problems. 5. Ability to apply the techniques, skills, and modern engineering tools. 6. Ability to recognize and appreciate the important of ethical standard in work. 7. Ability to acquire lifelong learning and apply knowledge of contemporary issues. 8. Ability to apply managerial and entrepreneurship skills. 9. Ability to work as both an individual and in a team on electrical engineering or multidisciplinary works.

BULETIN EE

Salam Pertamanya kupohon sejuta kemaafan sebab x sempat nak siapkan untuk printed version bagi kategori Internal newsletter-buletin dalaman pensyarah UiTMT sahaja. Mohon sesiapa yang ingin mengisi prisma yang ada penulisan dalam EE Tech News online, pilih Electronic media-blog/wordpress. Diriku dalam proses apply ISSN bagi kedua2 kategori ini. Thank you. Best Regards, Siti Sara

Monday, 14 March 2016

PAKAR 2015

Assalamualaikum, Bersama ini disertakan Jadual PAKAR Tahun 2015 & Senarai AJK yang terlibat untuk makluman dan rujukan. Mohon kerjasama daripada semua pihak untuk mematuhi tarikh-tarikh tersebut bagi melancarkan proses keseluruhan laporan. * Satu taklimat ringkas berkenaan PAKAR akan dibuat selepas meeting FKE pada hari Rabu ini. Sehubungan dengan itu, semua yang terlibat diminta utk tunggu terutamanya KETUA bagi setiap kriteria. Sekian. Terima kasih. Syahirah

EE114

Assalamualaikum peringatan mesra. jgn lupa semua yang terlibat. akan ada sesi pemurnian dokumen ee114 pada pukul 2 petang ini di makmal 3a3. mohon kerjasama semua yang berkenaan utk hadir kerana mungkin ada lg pembetulan yang perlu dibuat selepas daripada semakan pada ptg ni. "Engineering is the art of making what you want from things you can get"-Jerry Avins Thanks and Regards, Mohamad Taib

PAKAR 2016

Assalamualaikum, Peringatan mesra. Sesi pemurnian PAKAR FKE akan diadakan pada hari ini: Tarikh: 6/1/2016 dan 13/1/2016 (Rabu) Masa: 2.00 - 5.00 petang Tempat: MK6B2 Agenda: Pemurnian PAKAR FKE Kehadiran adalah diwajibkan bagi melancarkan proses keseluruhan laporan Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai. Terima kasih syahirah

EE114

Assalamualaikum, Satu perbincangan mengenai kurikulum baru EE114 akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 14 Jan 2016 (khamis) Masa : 2 pm~ Tempat : akan dimaklumkan oleh UPPB Ahli WAJIB hadir: 1. Shahran - EIE114 2. Nuraiza - Ketua Part 2 3. Rina - Ketua Part 3 4. Sara - Ketua Part 4/MicroP 5. Amir - Ketua part 5 6. Nazuha - Control 7. Aishah - FYP2 8. Hafiz K - IM 9. Fadhli - Network 10. Taib 11. Yusof 12. Dr Zulzilawati 13. Aldrin Semua penama di atas diWAJIBkan hadir melainkan yang ada kelas. tq hafiz

EE114

Assalamualaikum, Satu perbincangan mengenai kurikulum baru EE114 akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 14 Jan 2016 (khamis) Masa : 2 pm~ Tempat : akan dimaklumkan oleh UPPB Ahli WAJIB hadir: 1. Shahran - EIE114 2. Nuraiza - Ketua Part 2 3. Rina - Ketua Part 3 4. Sara - Ketua Part 4/MicroP 5. Amir - Ketua part 5 6. Nazuha - Control 7. Aishah - FYP2 8. Hafiz K - IM 9. Fadhli - Network 10. Taib 11. Yusof 12. Dr Zulzilawati 13. Aldrin Semua penama di atas diWAJIBkan hadir melainkan yang ada kelas. tq hafiz

pakar 2015

Assalamualaikum, Peringatan mesra. Pemurnian PAKAR FKE akan diadakan pada hari ini. Butiran adalah seperti berikut: Tarikh: 13/1/2016 Masa : 2.00-5.00 petang Tempat: MK6B2 Diminta semua untuk menghadirkan diri memandangkan tarikh akhir penghantaran laporan kepada unit kualiti pada esok hari 14.1.2016 (KHAMIS). Kerjasama anda semua amat diharapkan supaya proses penulisan dan pemurnian berjalan dengan lancar Sekian, terima kasih Syahirah

EE1114

Assalamu'alaikum wrt dan Salam Sejahtera Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan, GROWTH FOR SUCCESS: BENGKEL PEMBANGUNAN PROGRAM BARU Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Untuk makluman Tuan/Puan, satu bengkel Pembangunan Program Baru anjuran ILEAD akan diadakan pada waktu berikut: Tarikh : 18 Januari 2016 Hari : Isnin Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang Tempat : Dewan Jasmin Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang prosedur pembangunan dan semakan kurikulum, memberi kefahaman tentang MQF serta COPPA dan memberi pendedahan berkaitan pensejajaran Konstruktif dalam OBE. Penceramah untuk bengkel ini adalah PM Dr Baharom Abd Rahaman dan Dr Najiah Marha Yaacob. Sehubungan dengan itu, nama peserta yang telah dipilih oleh KPP masing-masing akan menyusul kemudian. Sekian, terima kasih AJK P&P iLQAM Suziyani

Hari Inovasi dan Majlis Kesyukuran UiTM (Terengganu) 2015

dan Salam Sejahtera Y.Bhg Prof/ Prof Madya Dr./ Prof Madya/ Dr./ Tuan/Puan Sukacita dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Inovasi dan Majlis Kesyukuran UiTM (Terengganu) 2015 dengan BERTEMAKAN WARNA "ROYAL BLUE" akan diadakan sebagaimana maklumat berikut :- Tarikh : 4 Februari 2016 (Khamis) Masa : 9.30 pagi Tempat: Dewan Aspirasi Sehubungan dengan itu Y.Bhg Prof/ Prof Madya Dr./ Prof Madya/ Dr./ Tuan/Puan adalah dijemput hadir untuk sama-sama meraikan hari kegemilangan dan kecemerlangan UiTM (Terengganu). TEMA PAKAIAN : BAJU MELAYU LENGKAP/BATIK (ROYAL BLUE) Penerima anugerah di alu-alukan untuk memakai pakaian mengikut tema. Disertakan Atur cara majlis Sambutan Hari Inovasi dan Majlis Kesyukuran UiTM (Terengganu) 2015 untuk makluman dan perhatian Y.Bhg Prof/ Prof Madya Dr./ Prof Madya/ Dr./ Tuan/Puan. Sekian. Terima kasih.

Dialog Rektor bersama Pelajar

Assalamualaikum w.b.t Tuan/Puan Adalah dimaklumkan bahawa Program Dialog Bersama Rektor akan diadakan seperti berikut : Tarikh : 18 Januari 2016 (Isnin) Masa : 8.00 malam Tempat : Stadium Gemilang Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir bagi meraikan program tersebut. Sekian, terima kasih.

Aktiviti Kelab Akademik

Rasanya masih belum terlambat untuk Kelab Akademik mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2016 kepada semua pensyarah. Alhamdulillah banyak aktiviti yang dirancang oleh Kelab Akademik bagi tahun 2015 berjaya dilaksanakan. Jutaan terima kasih diatas sokongan, sumbangan dan kerjasama rakan-rakan pensyarah semua. Untuk tahun 2016 ini, Kelab Akademik ingin terus memupuk semangat Esprit de Corps di kalangan warga UiTM (Terengganu). Oleh itu, antara aktiviti-aktiviti yang dirancang bagi tahun ini adalah: Signage: Arah kiblat di kawasan bilik pensyarah Bilik komputer – Februari Pertandingan Selfie/Wefie – Februari Program Ceria Bilik Rehat Intelek (Indoor Games) – Mac Baju batik rasmi pensyarah – Mac (Confirm tahun depan peluang cerah kita menang perarakan Maulidur Rasul... hihihi) Kejohanan Futsal – April Santai BBQ bersama Keluarga – April & Oktober Ceramah bijak kewangan – Mei Jamuan Makan Malam Pensyarah Family Day Pensyarah – Jun Program Ceria Ramadhan dan Aidilfitri – Jun/Julai Kejohanan Bowling – November Kelas aerobik – 1 x 2 minggu Sambutan hari-hari kebesaran Islam Jualan di Bilik Rehat Intelek Meraikan persaraan, perpindahan, perkahwinan, kelahiran cahaya mata pensyarah Program-program gotong-royong kerjasama dengan Grup Bekwoh Bagi melancarkan dan memeriahkan aktiviti-aktiviti tersebut, Kelab Akademik memerlukan sumbangan kewangan dari setiap pensyarah tetap dan kontrak di kampus Dungun sebanyak lebih kurang RM10/bulan di mana kutipan sumbangan RM50 seorang akan dijalankan pada setiap awal dan pertengahan tahun.

Kebajikan Pelajar

Assalamualaikum, Beberapa kes kecurian melibatkan beg2 pelajar yang diletakkan di luar ketika membuat lab telah berlaku dan keadaan ini amat membimbangkan, justeru beberapa langkah segera dan drastik dari pihak Fakulti telah difikirkan dan akan dilaksanakan: 1. Instructor makmal WAJIB menasihati pelajar setiap masa di awal kelas untuk memastikan tiada barang berharga yang ditinggalkan di luar - Pensyarah, PPensyarah dan PA 2. Membuat rondaan berkala ketika lab sedang dijalankan di sekitar makmal seliaan masing2 - PJ dan PPS 3. Menguruskan pemasangan CCTV di tingkat 2 dan 3 blok 13 (CCTV transformasi) - UPFM dan BPF 4. Mohon pemantauan daripada pensyarah, ppensyarah, PJ dan PPS yang pejabatnya di blok 13/14 untuk memerhati sekiranya ada individu yang mencurigakan di sekitar blok 13 dan 14. Diharapkan dengan kerjasama dari semua pihak kes kecurian ini dapat dibendung dan tidak akan berlaku lagi ...insyaALLAH tq hafiz

Hebahan Awal Program pada Bulan Feb 2016

Tuan/Puan Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sila ambil maklum (walaupun hebahan sebenar akan dilakukan oleh Pihak Pentadbiran) mengenai beberapa perkara besar yang akan berlaku dalam Bulan Feb 2016 ini. (a) 15 Februari 1. Kedatangan YBhg. Dato' VC - Sila ambil perhatian bahawa YBhg Dato' VC akan mengadakan perjumpaan dengan kakitangan UiTM Terengganu di Dewan Aspirasi pada sekitar jam 2.30 ptg. (b) 16 Februari 2. Kedatangan Lembaga Pengarah Universiti - Mohon Kelab Akademik menyediakan 100 orang pensyarah untuk beratur menyambut ketibaan pada pagi itu sekitar jam 8.00 pagi di Pos A. (c) 16 Februari 3. Kehadiran Delegasi Universiti Sumatera Utara - Khusus untuk Fakulti Pengurusan Perniagaan dan diketuai oleh Dekan FPP berserta 22 orang pensyarah ( Aturcara akan disediakan oleh PM Dr Baharom) (d) 21 Februari - 23 Februari 2016 4. Kehadiran Delegasi Gunma University - Diketuai oleh Prof. Kou Yamada beserta 14 orang pelajar. (Aturcara akan disediakan oleh PM Dr Baharom)

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR: "ZERO 2 HERO"

Dr./Tuan/Puan PROGRAM MOTIVASI PELAJAR: "ZERO 2 HERO" Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Pelajar (UHEP), FKE UiTM [Terengganu] akan menganjurkan program tersebut seperti butiran berikut: Tarikh : 25 - 27 Februari 2016 [Khamis hingga Sabtu] Tempat : Kem Gemia, UiTM [Terengganu] Pendaftaran : 2.30 petang

Perjumpaan Timbalan Naib Canselor (Akademik) bersama Pensyarah UiTMT

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tuan/Puan Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa tuan/puan diwajibkan hadir ke perjumpaan tersebut seperti ketetapan berikut : Tarikh : 15/2/2016 ( Isnin) Masa : 3.00 petang Tempat : Dewan Aspirasi Justeru itu, semua kuliah pada masa tersebut adalah ditangguhkan. Sekian untuk tindakan dan perhatian tuan/puan. Terima kasih.

KOLOKIUM

Assalamualaikum Dr/ Tuan/ Puan Unit Penyelidikan dan Kepakaran (UPnK) akan mengadakan KOLOKIUM untuk staf FKE. Maklumat program seperti berikut: Tarikh: 17/2/2016 - Rabu Masa: 2.30 - 4.30 pm Tempat: Dewan Anggerik MASA PEMBENTANG TAJUK 2.30 - 3.00 Hasrul Hafiz Abu Bakar Lawatan 'Market SUrvey' untuk program baru EE114. Hasil perbincangan dengan pihak ST Mohd Aldrin Ali Abdul Hafiz Bin Kassim Dr Zulzilawati Jusoh 3.00 - 3.30 Dr Zulzilawati Jusoh Pembentangan program baru ee114 Hasil pembentangan dengan UHEK shah alam Dr Mohd Zamri Jusoh Mohamad Taib Miskon Mohd Amir Hamzah Ab.Ghani 3.30 - 4.00 Dr Rosheila Darus 4.00 - 4.30 - Mohamad Taib Miskon Kehadiran semua staf akademik FKE amat digalakkan. Terima kasih.

kolokium FKE

Assalamualaikum, Jangan lupa janji temu kita pada petang ini. Diharap semua warga FKE dapat meluangkan masa untuk mengikuti kolokium ini. buat julung-julung kalinya, kolokium FKE datang lagi dengan nafas baru pembentang-pembentang pada sessi ini ialah: Slot 1; En. Hasrul Hafiz, " Market Survey Analysis and feedback from Industry for EE114" ahli-ahli yang terlibat : Mohd Aldrin Ali Abdul Hafiz Kassim Dr. Zulzilawati Jusoh Slot2: Dr. Zulzilawati, " Hasil pembentangan program baru bersama UHEK" ahli-ahli yang terlibat : Dr. Zamri Mohd Taib Miskon Amir Hamzah Slot 3: Dr. Roshiela : " A Modified Voltage Balancing Algorithm for the Modular Multilevel Converter" Slot 4: En. Taib: "forget arduino, use ARM" or Slot 4 : En. Suhaimi: "surprise" semua warga FKE DIJEMPUT HADIR jam latihan disediakan.

Kursus Intensif Bahasa Inggeris Pelajar-pelajar Universiti Gunma, Jepun

Assalaamualaikum wbr... Tuan/Puan Sukacita dimaklumkan bahawa hasil perjanjian persefahaman yang dibuat dengan Universiti Gunma, Jepun tahun lalu, sekumpulan 14 orang pelajar mereka akan mengikut kursus intensif Bahasa Inggeris di UiTM Terengganu bermula 21hb Februari - 22hb Mac, 2016 ini. Mereka terdiri daripada 8 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan dan akan ditempatkan di kolej kediaman kampus. Kuliah akan dijalankan di blok-blok akademik kita dan akan dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah Akademi Pengajian Bahasa. Oleh yang demikian, kami memohon kerjasama semua pihak bukan sahaja untuk menyedari kehadiran mereka tetapi juga melayan pelajar-pelajar Jepun ini sebaik mungkin. Semoga kehadiran mereka akan menceriakan lagi suasana pembelajaran di kampus ini di samping mengajar kita budaya dan cara hidup masing-masing. Wassalaamualaikum wbr... Baharom

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR: "ZERO 2 HERO"

Assalamualaikum Dr./Tuan/Puan PROGRAM MOTIVASI PELAJAR: "ZERO 2 HERO" Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Untuk makluman tuan/puan, satu taklimat mengenai program ini akan diadakan pada waktu berikut: Tarikh : 23 Februari 2016 Hari : Selasa Masa : 8.15 malam Tempat : Blok 9B3 Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada pelajar yang terlibat tentang tentatif perjalanan program, peralatan yang perlu dibawa dan juga masalah-masalah yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, mohon PA memaklumkan kepada pelajar masing-masing mengenai taklimat ini. Jika ada pelajar yang tidak dapat hadir taklimat kerana bertindih dengan waktu kelas, harap PA/pelajar terbabit dapat memaklumkan kepada saya. Sekian, terima kasih. Suziyani

Solat Gerhana

Besok (09/03/2016) dijangka akan berlaku gerhana matahari. Oleh yang demikian Pusat hidayah akan mengadakan solat gerhana matahari seperti mana berikut : tempat : Pusat Hidayah 8.45 pagi - solat Gerhana dan khutbah 9.30 pagi - bersurai Dijemput kepada semua warga UiTM untuk sama2 hadir solat secara berjamaah. terima kasih.

Amanat Rektor Tahun 2016

Dimaklumkan Amanat Rektor Tahun 2016 akan diadakan sebagaimana butiran berikut: Tarikh : 10 Mac 2016 (Khamis) Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Aspirasi, UiTM Terengganu. Tentatif Program : 9.00 pagi : Ketibaan kakitangan UiTM (T) 9.30 pagi : Ketibaan YBhg. Prof. Madya Dr. Abdol Samad Nawi Rektor UiTM (T) 9.40 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM 9.45 pagi : Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran & Terjemahan 10.00 pagi : Perutusan Tahun Baharu Rektor UiTM (Terengganu) Oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Abdol Samad Nawi 12.00 tgh. : Taklimat Skim Insuran Berkelompok Khas 12.30 tgh : Bersurai Sehubungan itu Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan dijemput hadir. Kehadiran adalah dimestikan dan jam latihan akan diberikan. Sila pastikan Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan membawa bersama kad staf untuk proses pendaftaran melalui sistem EASY ACCESS ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM (EAMS) Masa "Check In" :9.00 - 9.30 pagi Masa "Check out" : Setelah tamat program Mana-mana staf yang tidak sempurna kehadirannya tidak akan dimasukkan jam latihan. Sila berurusan dengan pihak InfoTech sekiranya Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan masih belum mempunyai kad staf atau hilang, rosak dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

PENERBITAN JURNAL FKE 2016

Assalamualaikum w.r.t PENERBITAN JURNAL FKE 2016 Makluman, salah satu perancangan kami dari Unit Penyelidikan dan Kepakaran (UPnK) pada tahun ini adalah mengumpul hasil penyelidikan dari Final Year Project semester terdahulu untuk tujuan penerbitan ke jurnal-jurnal terpilih. Disini kami ingin menjemput rakan-rakan sekalian yang berminat untuk turut sama dalam penghasilan penerbitan pada tahun ini. Satu bengkel akan diadakan untuk memberi panduan asas dalam penghasilan penyelidikan bermutu. Pihak kami dengan berbesar hati akan membantu rakan-rakan untuk menimba pengalaman dalam menyiapkan hasil penyelidikan sehinggalah selesai diterbitkan.. Rakan-rakan yang ingin turut serta bolehlah memberi nama kepada saya mengikut template di bawah: Title: __________________________ Author 1: _________________________________ Author 2:__________________________________ Author 3:__________________________________ Senarai penulis adalah tidak termasuk nama pelajar . Anda boleh membuat group 2 @ 3 pensyarah untuk satu hasil penyelidikan. Tarikh akhir hantar nama dan tajuk projek adalah sebelum 16th March 2016. Mari kita rebut peluang keemasan ini.

Booth Terbaik :Ekspo Selangkah ke UiTM 2016

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Jangan lupa hari ini, Ekspo Selangkah ke UiTM 2016 di Dewan Aspirasi.......... Lokasi : Dewan Aspirasi , UiTM (Terengganu) Kampus Dungun tarikh: 13 Mac 2016 (Ahad) masa: 9.00pagi - 5.00ptg semua dijemput hadir Lokasi : Dewan Aspirasi , UiTM (Terengganu) Kampus Dungun tarikh: 13 Mac 2016 (Ahad) masa: 9.00pagi - 5.00ptg Lokasi : UiTM (Terengganu) Kuala Terengganu tarikh: 12 & 13 Mac 2016 (Sabtu & Ahad) masa: 9.00pagi - 5.00ptg Mohon warga kampus mewar-warkan kepada orang ramai dan semua di jemput hadir. sekian terima kasih terima kasih

Meeting CDIO

Assalamualaikum... Adalah di maklumkan satu perjumpaan bersama wakil shah alam Dr Farid berkenaan CDIO akan diadakan pada: Tarikh: 13 Mac 2016 Ahad: 10pg Tempat:BMI Objektif: - Membincangkan hal2 yang berkaitan CDIO Mohon kehadiran adalah diwajibkan... terima kasih