UiTM TERENGGANU
Monday, 14 March 2016
Aktiviti Kelab Akademik
Rasanya masih belum terlambat untuk Kelab Akademik mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2016 kepada semua pensyarah.
Alhamdulillah banyak aktiviti yang dirancang oleh Kelab Akademik bagi tahun 2015 berjaya dilaksanakan. Jutaan terima kasih diatas sokongan, sumbangan dan kerjasama rakan-rakan pensyarah semua.
Untuk tahun 2016 ini, Kelab Akademik ingin terus memupuk semangat Esprit de Corps di kalangan warga UiTM (Terengganu). Oleh itu, antara aktiviti-aktiviti yang dirancang bagi tahun ini adalah:
Signage: Arah kiblat di kawasan bilik pensyarah
Bilik komputer – Februari
Pertandingan Selfie/Wefie – Februari
Program Ceria Bilik Rehat Intelek (Indoor Games) – Mac
Baju batik rasmi pensyarah – Mac (Confirm tahun depan peluang cerah kita menang perarakan Maulidur Rasul... hihihi)
Kejohanan Futsal – April
Santai BBQ bersama Keluarga – April & Oktober
Ceramah bijak kewangan – Mei
Jamuan Makan Malam Pensyarah
Family Day Pensyarah – Jun
Program Ceria Ramadhan dan Aidilfitri – Jun/Julai
Kejohanan Bowling – November
Kelas aerobik – 1 x 2 minggu
Sambutan hari-hari kebesaran Islam
Jualan di Bilik Rehat Intelek
Meraikan persaraan, perpindahan, perkahwinan, kelahiran cahaya mata pensyarah
Program-program gotong-royong kerjasama dengan Grup Bekwoh
Bagi melancarkan dan memeriahkan aktiviti-aktiviti tersebut, Kelab Akademik memerlukan sumbangan kewangan dari setiap pensyarah tetap dan kontrak di kampus Dungun sebanyak lebih kurang RM10/bulan di mana kutipan sumbangan RM50 seorang akan dijalankan pada setiap awal dan pertengahan tahun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment