Tuesday 15 March 2016

EEIEC & DINNER

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana baru-baru ini pihak Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Terengganu telah selesai menjalankan Program 'Electrical Engineering Innovation Exhibition and Competition' (EEIEC 2015) dan juga Majlis Makan Malam Staf bersama Pelajar FKE Semester Akhir 2015. Sehubungan dengan itu, pada kesempatan kali ini pihak kami ingin merakamkan sekalung penghargaan kami buat semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan dan melancarkan perjalanan program-program tersebut. Unit-unit dan bahagian-bahagian yang terlibat adalah:- - HEA - Infotech - BPF - Unit Komunikasi Korporat Terengganu - HEP - Polis Bantuan, dll Setinggi-tinggi penghargaan kami juga turut ditujukan kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Profesor Madya Dr Azemi Che Hamid selaku jemputan khas untuk merasmikan Program EEIEC 2015. Tidak dilupakan juga kepada Ketua Pusat Pengajian Sains dan Teknologi, Dr Mohd Zamri Jusoh dan Ketua Program FKE, En Hasrul Hafiz Abu Bakar yang turut menghadiri program-program tersebut. Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan staf FKE yang telah bertungkus-lumus selaku AJK pelaksana yang telah memastikan program ini berjalan seperti yang dirancang. Penghargaan kami juga kepada para juri yang telah mengadili para peserta pada hari tersebut. Tanpa komitmen dan sumbangan yang tidak berbelah bahagi oleh semua pihak, program ini tidak mungkin mampu direalisasikan pada kali ini. Kerjasama yang diberikan amatlah kami dihargai. Harapan pihak kami ialah agar program-program ini mampu menyuntik semangat dan menjadi sebagai satu titik permulaan untuk para pelajar mencipta evolusi dan inovasi dalam bidang sains dan teknologi khasnya kejuruteraan elektrik.

No comments:

Post a Comment