Monday 14 March 2016

Kursus Intensif Bahasa Inggeris Pelajar-pelajar Universiti Gunma, Jepun

Assalaamualaikum wbr... Tuan/Puan Sukacita dimaklumkan bahawa hasil perjanjian persefahaman yang dibuat dengan Universiti Gunma, Jepun tahun lalu, sekumpulan 14 orang pelajar mereka akan mengikut kursus intensif Bahasa Inggeris di UiTM Terengganu bermula 21hb Februari - 22hb Mac, 2016 ini. Mereka terdiri daripada 8 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan dan akan ditempatkan di kolej kediaman kampus. Kuliah akan dijalankan di blok-blok akademik kita dan akan dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah Akademi Pengajian Bahasa. Oleh yang demikian, kami memohon kerjasama semua pihak bukan sahaja untuk menyedari kehadiran mereka tetapi juga melayan pelajar-pelajar Jepun ini sebaik mungkin. Semoga kehadiran mereka akan menceriakan lagi suasana pembelajaran di kampus ini di samping mengajar kita budaya dan cara hidup masing-masing. Wassalaamualaikum wbr... Baharom

No comments:

Post a Comment