Monday 14 March 2016

Hebahan Awal Program pada Bulan Feb 2016

Tuan/Puan Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sila ambil maklum (walaupun hebahan sebenar akan dilakukan oleh Pihak Pentadbiran) mengenai beberapa perkara besar yang akan berlaku dalam Bulan Feb 2016 ini. (a) 15 Februari 1. Kedatangan YBhg. Dato' VC - Sila ambil perhatian bahawa YBhg Dato' VC akan mengadakan perjumpaan dengan kakitangan UiTM Terengganu di Dewan Aspirasi pada sekitar jam 2.30 ptg. (b) 16 Februari 2. Kedatangan Lembaga Pengarah Universiti - Mohon Kelab Akademik menyediakan 100 orang pensyarah untuk beratur menyambut ketibaan pada pagi itu sekitar jam 8.00 pagi di Pos A. (c) 16 Februari 3. Kehadiran Delegasi Universiti Sumatera Utara - Khusus untuk Fakulti Pengurusan Perniagaan dan diketuai oleh Dekan FPP berserta 22 orang pensyarah ( Aturcara akan disediakan oleh PM Dr Baharom) (d) 21 Februari - 23 Februari 2016 4. Kehadiran Delegasi Gunma University - Diketuai oleh Prof. Kou Yamada beserta 14 orang pelajar. (Aturcara akan disediakan oleh PM Dr Baharom)

No comments:

Post a Comment